in

“Undangan dari Allah” – Terkenal Dengan ‘Content’ Cuci Masjid, Pemuda Ini Dapat Tunai Haji Jemputan Arab Saudi

pemuda cuci masjid tunai haji jemputan arab saudi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menunaikan ibadah haji adalah peluang yang diimpikan dalam kehidupan seorang Muslim.

Tidak semua Muslim berpeluang untuk mengerjakan ibadah haji di Mekah atas beberapa faktor terutama melibatkan kos dan sebab itulah ramai yang sewal usia menabung agar impian suci ini menjadi kenyataan.


Namun, ada juga kisah-kisah indah seperti terpilih menjadi tetamu Allah pada waktu yang tidak dijangka. Inilah yang dinamakan rezeki tidak pernah salah alamat.

Pemuda tular buat content cuci masjid terima jemputan tunai haji

Korang ingat lagi tak video seorang pemuda membersihkan tempat ambil wuduk yang berlumut di sebuah masjid sehingga bersih?

Artikel berkaitan: Cuci Tempat Wuduk Masjid Yang Berlumut Sehingga Bersih Semula, Tindakan Pemuda Ini Dipuji Netizen

Artikel berkaitan: Al-Hassan Abdullah: Kisah Lelaki Ghana Yang Dapat Ke Mekah Lepas Ada Dron Jatuh Di Kawasan Rumah

Videonya membersihkan masjid bukan sahaja meraih perhatian pengguna media sosial Indonesia, malah turut mendapat pujian netizen di Malaysia.

@cleanermasjid

part#3 cleaning wudhu masjid 🍃

♬ suara asli – نور الفيرى🇸🇦🕊️ – ALVIR💝✨🌺🌺🌺

Pemuda bernama Muhamad Cecep Abdullah ini telah menerima jemputan daripada kerajaan Arab Saudi untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini.

Memetik sumber Detik, dia yang berkongsi mengenai berita gembira itu tidak menyangka doa yang dipanjatkan selama ini akhirnya terjawab.

Katanya, dia sering membaca berita mengenai jemaah yang mengerjakan ibadah haji atas undangan khas. Dari situlah, dia berdoa sepenuh hati untuk dijemput menunaikan haji.

“Ya Allah, undang aku tunai haji 2025, tidak kira apa pun caranya,” kongsinya.

Ujarnya, dia tidak menyangka bahawa dirinya telah terpilih sebagai jemaah undangan kerana merasakan ada ramai lagi yang lebih layak.

“Saya tidak tahu bagaimana cara saya dinilai. Ramai yang lebih rajin membersih dan bersedekah daripada saya. Mungkin ini undangan dari Allah,” katanya.

Kini, dia sedang melakukan persiapan dan menghitung hari untuk berangkat ke tanah suci. Benarlah, tidak ada yang mustahil jika Allah SWT telah berkehendak.

Sumber: Detik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.