in

‘Umpan’ Nak Jadikan Anak Angkat, Mangsa Dedah PU Azman Minta ‘Lumur Minyak’

Ft Mangsa Dedah Kelakuan Pu Azman

Ibu kepada salah seorang mangsa kes amang seksual yang melibatkan pendakwah terkenal, PU Azman hati ini tampil memberikan keterangan di hadapan Hakim Datin Surita Budin pada prosiding hari pertama kes perbicaraan PU Azman atau nama sebenarnya Azman Syah Alias, 42, di Mahkamah Sesyen, Seremban hari ini.

Wanita 45 tahun yang juga merupakan saksi ketiga itu mendedahkan bahawa PU Azman selaku tertuduh telah meminta anak lelakinya yang pada ketika itu berumur 17 tahun melumur minyak pada bahagian kemaluan remaja berkenaan.

Screenshot 2023 07 24 191331

Tambahnya, kejadian tersebut berlaku pada 5 Februari tahun lepas (2022) di rumah PU Azman di Sendayan, Seremban, lapor Sinar Harian.

“Anak saya cakap dia tak menipu. Dia duduk di ruang tamu kemudian PU Azman suruh ambil minyak di bilik tingkat atas rumah.”

“Dia minta sapukan minyak itu di bahagian kemaluannya sebelum minta memasukkan kepadanya (PU Azman).”

Jelasnya lagi, dia mula perbuatan terkutuk yang dilakukan oleh pendakwah itu selepas ianya didedahkan dalam satu pertemuan yang iaturkan oleh guru sekolah anaknya pada 27 Ogos 2022.

Dalam pada itu, saksi turut memberitahu yang tertuduh berhasrat untuk menjadikan anaknya sebagai anak angkat dan ia diketahui melalui perbualan kedua-duanya di aplikasi WhatsApp.

 

“Anak saya kata nak pergi rumah PU Azman saja-saja. Dalam perbualan WhatsApp dia nak jadikan anak saya sebagai anak angkat.”

“Mulanya saya tidak percaya sebab PU Azman seorang selebriti, tetapi anak saya meyakinkan untuk pergi ke rumahnya.”

Saksi turut menyatakan bahawa anaknya mula berhenti sekolah akibat tertekan dengan insiden itu dan meminta agar tidak diganggu.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Husni Fairos Ramly dan Goh Hsiao Tung manakala tertuduh pula diwakili peguam Mohamad Zahid Ahmad, Fahmi Adilah dan Norman Mohd Nasir.

Sebelum ini sumber ada  melaporkan PU Azman mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja lelaki berusia 17 dan 16 tahun pada Februari dan Julai 2022.

Dia turut tidak mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan lain berhubung kesalahan jenayah seksual di Mahkamah Ampang, Klang dan Shah Alam.

Baca : PU Azman Didakwa Lagi Atas 3 Pertuduhan Amang Seksual Terhadap Remaja Lelaki

Ft Pu Azman Didakwa Lagi