in

UK Kini Berdepan Rusuhan Terburuk Dalam Tempoh 13 Tahun, Wisma Putra Minta Rakyat Malaysia Berwaspada

uk rusuhan wisma putra

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

United Kingdom kini berdepan dengan tekanan yang semakin meningkat dalam menamatkan rusuhan terburuk di England dalam tempoh 13 tahun selepas insiden serangan pisau yang melibatkan kematian tiga kanak-kanak pada minggu lalu hinggga mencetuskan kekacauan di seluruh negara.

BBC melaporkan, anggota-anggota polis di UK berdepan keganasan serius di beberapa kawasan termasuk Hull, Liverpool, Bristol, Manchester, Blackpool dan Belfast.


Perusuh juga membaling botol, merompak kedai dan menyerang polis di bandar-bandar berkenaan.

england

Artikel berkaitan: Rusuhan Di Bangladesh Buat Pelajar M’sia Di Sana Dalam Bahaya? Ini Apa Yang Berlaku…

Artikel berkaitan: 12 Maut Dalam Rusuhan Di Stadium El Salvador Ketika Perlawanan Bola Sepak

Wisma Putra minta rakyat Malaysia berwaspada 

Susulan itu, Kementerian Luar Negeri melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London, mengeluarkan kenyataan menasihatkan agar rakyat Malaysia yang menetap atau berkunjung ke United Kingdom untuk menjauhi kawasan yang terlibat dan berwaspada serta mengikuti perkembangan terkini berkenaan situasi tersebut.

Rakyat Malaysia yang menetap atau berkunjung ke United Kingdom dinasihatkan untuk menjauhi kawasan terlibat, sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan terkini serta panduan yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan.

“Rakyat Malaysia yang belum mendaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London amat digalakkan untuk melakukannya segera bagi memastikan mereka menerima maklumat dan bantuan yang tepat pada masanya,” kata kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, lebih 90 penunjuk perasaan telah ditahan selepas kumpulan-kumpulan berhaluan kanan melakukan demostrasi mencetuskan rusuhan di seluruh Britain.

Keganasan itu adalah yang paling buruk dialami England sejak musim panas 2011 dan pihak berkuasa UK kini sedang berusaha rusuhan tersebut.

000 369V9QL

Terdahulu, difahamkan rusuhan itu didorong oleh khabar angin palsu di media sosial mengenai latar belakang suspek berusia 17 tahun kelahiran Britain, Axel Rudakubana yang didakwa atas tuduhan membunuh dan cubaan membunuh berhubung serangan di kelas tarian bertemakan Taylor Swift pada minggu lalu.

Kita doakan semoga rakyat Malaysia yang ada di sana dalam keadaan selamat semuanya. 

Sumber: Astro AWANI, Kosmo, X

Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.