Kemunculan usahawan viral dan juga penyanyi, Ahmad Iqbal Zulkefli semalam dalam pentas Big Stage 2022 benar-benar memberi kejutan kepada ramai pihak termasuklah juri yang terlibat dalam program tersebut.
Penglibatan Iqbal dalam rancangan ini katanya telah dirahsiakan oleh pihak Astro dan diuar-uarkan sebagai kejutan apabila muncul sebagai peserta ke-12 dengan menyanyikan lagu Biar Bulan Bicara dari Broery Marantika.
https://www.instagram.com/p/CZo7zewPtY2/?utm_medium=copy_link
Penonton kurang suka Iqbal masuk Big Stage?
Menerima hanya 5 markah dari juri tetap dan komposer, Ajai, persembahan Iqbal yang kurang memuaskan pada konsert pertama ini sebenarnya mendapat kritikan hangat daripada netizen juga.
Rata-rata meluahkan rasa tidak puas hati melihat Iqbal terlibat dalam rancangan ini sehingga ada yang ‘tutup TV’ dan menuduh usahawan yang juga bekas pembantu peribadi Dato’ Seri Vida ini sebagai merosakkan industri muzik negara. Alamak!
“Kalau terlalu buruk, saya sendiri akan tarik diri”
Menjawab kritikan netizen terhadap dirinya, Iqbal walau bagaimanapun menerusi satu perkongsian di Instagram berkata, dia pada awalnya sudah menolak tawaran untuk terlibat dalam rancangan tersebut.
Pun begitu, selepas merasakan peluang itu merupakan sekali seumur hidup, dia memohon untuk kembali diberi keizinan untuk sertai juga.
Tidak mengharapkan kemenangan, seminggu sahaja lagi, kalau terlalu buruk, saya sendiri akan tarik diri walaupun tiada penyingkiran di minggu hadapan,” katanya.
https://www.instagram.com/p/CZpVoCBhSOy/
Apa-apapun admin rasa kita patut beri Iqbal peluang untuk tonjolkan bakatnya lagi pada minggu depan. Manalah tahu nyanyiannya makin improve kan?
Baca: “Apa masalah mu ni?!” – Gara-gara Sponsor GV, DSV & Iqbal Berbalah di IG