in

“Tunggu hari saja” – Jeslina Hashim Bakal Bernikah Dengan Kerabat Tak Lama Lagi

syaz ft 2024 08 01T152104.679

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah lama menyepi dari industri hiburan tempatan, Jeslina Hashim mengumumkan dia akan bernikah dengan kerabat Diraja tidak lama lagi.

Pelantun lagu Ku Intai Cinta Dalam Rahsia itu berkongsi dia akan melangsungkan pernikahan dengan Tunku Eddy Nasruan Adil dalam masa beberapa hari lagi.


Artikel berkaitan: “Tiada keserasian” –  Azri Iskandar Tak Jadi Kahwin Dengan Usahawan

Artikel berkaitan: “Pilih suami bukan sebab harta tapi…” –  Isteri Kongsi Pengalaman Nikah Tak Direstui

Menurut laporan Astro AWANI, memberitahu segala persiapan menjelang hari perkahwinannya itu sudah siap sepenuhnya dan hanya menghitung hari sahaja.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by jeslinahashim (@jeslinahashim)

“Insya-Allah, soon, one day. Persiapan semua dah siap, tunggu hari saja. Boleh kira dengan tangan,” katanya.

Difahamkan, majlis pernikahan itu akan diadakan secara tertutup di Kuala Lumpur dan dia juga berkongsi tarikh yang dipilih tidak mempunyai apa-apa simbolik.

“Majlis akan diadakan di Kuala Lumpur. Tiada simbolik apa-apa tapi hari itu merupakan hari ini yang terbaik untuk tetamu hadir.

Majlis itu akan diadakan secara tertutup yang dihadiri keluarga saja,” katanya lagi.

Jeslina dilaporkan bakal mendirikan rumah tangga bersama kerabat diraja Negeri Sembilan iaitu Tunku Eddy Nasruan Adil selepas lapan tahun menjalinkan hubungan cinta.

Semoga semuanya dipermudahkan!

Sumber: Astro AWANI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.