in

“Tunggakan gaji RM 1.4 juta” – Bekas Pemilik Kuantan FA & Marcerra United Ditahan

Syaz Ft 2024 10 16T203539.048

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini, heboh di media sosial apabila seorang individu bergelar Datuk yang pernah menjadi pemilik kelab bola sepak didakwa kerana gagal melunaskan tunggakan gaji.

Individu yang merupakan bekas pemilik Kuantan FA dan Marcerra United itu ditahan selepas didakwa ingkar perintah mahkamah untuk membayar tunggakan gaji berbaki RM1.4 juta melibatkan 46 pemain dan 12 pegawai kelab itu pada 2018.


Artikel berkaitan: Pemain Bola Sepak Bawa Kerambit Masuk Padang Rupanya Suspek Baling ‘Molotov’ Di Pusat Hiburan

Artikel berkaitan: Pemerhati Bola Sepak Anggap Insiden Tak Jejas Imej Liga Malaysia Dikecam Peminat

Lelaki berusia lingkungan 50-an itu ditahan selepas selesai prosiding sebutan kes jenayah berkaitan satu kes penipuan lain di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini.

Peguam mewakili bekas pemain dan pegawai dua pasukan bola sepak itu, Mohamad Suhail Rahimi Abdul Razak berkata, penahanan itu dilakukan mengikut perintah komital yang telah dikeluarkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Februari lalu.

“Mahkamah bagaimanapun memberi penangguhan selama dua minggu kepada individu itu bagi memberi peluang terakhir melunaskan tunggakan gaji tersebut.

Namun, dia bertindak mendiamkan diri dan hanya membayar RM600,000 setakat pertengahan 2023 dan semua tunggakan masih berbaki RM1.4 juta sehingga kini,” katanya.

Tambahnya, individu tersebut akan dibawa ke Penjara Kajang dan pihaknya turut akan memulakan tindakan jenayah di bawah kes penipuan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kelak.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.