in

Tular Video Warga Asing Serang Wanita, Polis Perjelas Rupanya Sebab Bergaduh Sesama Sendiri

Warga Asing Bergaduh Sesama Sendiri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Video tular sekumpulan warga asing yang menimbulkan kekecohan di kawasan kedai bukan menyerang wanita seperti yang didakwa, sebaliknya bergaduh sesama sendiri.

Menurut laporan Kosmo!, kejadian itu berlaku di sebuah Poliklinik di Taman Prima Saujana, Kajang.


Difahamkan, perebutan dua ejen warga Bangladesh menghantar pesakit ke klinik menjadi punca pergaduhan sehingga mengeluarkan beberapa batang kayu hoki.

“Berdasarkan laporan dibuat, kejadian jam 6 petang Rabu lalu ketika pemilik premis sedang bertugas dan didatangi dua kumpulan warga Bangladesh untuk pemeriksaan kesihatan.

“Kedua-dua kumpulan ini dibawa oleh dua ejen berlainan yang juga warga Bangladesh. Ketika kedua-dua kumpulan warga asing berada di hadapan premis terbabit berlaku pertengkaran antara mereka sehingga kedua-dua kumpulan membawa keluar beberapa batang kayu hoki,” kata Polis Daerah Kajang.

Berlaku tolak-menolak sesama mereka

Menurutnya, keadaan menjadi semakin tegang sehingga berlaku tolak menolak antara mereka dan seorang suspek masuk ke dalam poliklinik berkenaan.

Petugas poliklinik yang melihat pergaduhan itu menjerit dan menghalau semua warga asing untuk keluar dari premis terbabit.

“Punca kejadian disebabkan berebut pelanggan iaitu warga asing untuk pemeriksaan kesihatan. Siasatan juga mendapati, tiada kejadian warga asing serang wanita di klinik seperti ditularkan di sosial media,” katanya.

Susulan itu, pihak polis telah menahan tiga lelaki warga Bangladesh dan semuanya direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Baca: Warga Asing Didakwa Serang Wanita Di Kedai, Siap Bawa Kayu Hoki
Warga Asing Serang Kedai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.