in

Tular Video TikTok Lipas Berkumpul Atas Tayar Motosikal, Rupanya Ini Sebabnya

Lipas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular di platform TikTok sebuah video yang memaparkan sekumpulan serangga perosak iaitu lipas sedang berkumpul di atas tayar sebuah motosikal.


Video tersebut yang dikongsikan oleh pengguna TikTok amirulviolence dan dalam video yang berdurasi selama 32 saat itu, dapat dilihat lebih 10 ekor lipas sedang lepak di atas tayar sebuah motosikal.

Lipas-lipas itu kemudiannya telah dibasmi dengan cara disembur dengan penyembur aerosol serangga.

@amirulviolence

Amende ko buat situ ramai2 hanat.. #lipas

♬ Funny – Gold-Tiger

Ramai netizen yang mengatakan mereka geli melihat lipas-lipas tersebut dan dalam masa yang sama, ada juga yang pelik mengapa lipas-lipas itu memilih untuk ‘lepak’ di atas tayar motosikal berkenaan.

Artikel Berkaitan: “Selama ni salahlah?” – Bukan Untuk Halau Lipas, Ini Fungsi Sebenar Ubat Gegat

Artikel Berkaitan: “Lipas tu comey” – Netizen Geli Hati Tengok Gelagat Adik Ini Sayang Lipas

Seorang lagi pengguna TikTok yang dikenali sebagai Khairunnaim4 yang bekerja di syarikat kawalan serangga perosak iaitu Naim Pest Control telah tampil menjelaskan mengapa lipas-lipas itu berkumpul di atas tayar motosikal itu.

Difahamkan, dalam video yang tular itu, dapat dilihat bahawa kawasan motosikal itu diparkir adalah basah seakan baru lepas hujan manakala lipas-lipas pula sering bersarang atau tinggal di dalam longkang, tangki septik dan manhole (lurang).

Apabila hujan, air di dalam kawasan-kawasan tersebut akan naik, jadi lipas-lipas yang bersarang di dalam kawasan terbabit akan keluar dari situ dan akan ke tempat tinggi untuk menyelamatkan diri mereka dari tenggelam di kawasan sarang mereka.

Boleh tonton video TikTok ini sehingga ke hujung untuk faham dengan lebih lanjut.

 

@khairunnaim4

Replying to @Fahim N 🍉 naim pest control takde..aku sebagai saksi kejadian akan menjawap persoalan.

♬ original sound – NAIM PEST CONTROL – NAIM PEST CONTROL

Untuk pengetahuan semua, Khairunnaim sering berkongsikan kandungan menarik tentang kawalan serangga perosak seperti lipas di TikTok kerana  bekerja dalam bidang tersebut.

Sumber: TikTok @khairunnaim4, TikTok @amirulviolence

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.