Baru-baru ini, jenama minuman teh premium yang semakin mendapat tempat bagi penggemar teh di sini, Chagee ada menawarkan pelbagai hadiah menarik untuk pelanggan bertuah sempena menyambut ulang tahun ketujuh mereka.
Pelanggan bertuah yang melakukan pembelian minuman dengan syarat tertentu akan mendapat barangan mewah dan tidak kurang juga yang mendapat baucar dari Chagee.
Pun begitu, timbul isu yang tidak memuaskan hati pelanggan apabila tular sebuah video memaparkan seorang pekerja di salah satu cawangan Chagee telah memilih cawan yang mengandungi tiket hadiah dan mengasingkannya lalu dibawa ke belakang kaunter.
Tindakan pekerja berkenaan mengundang rasa tidak puas hati orang ramai yang melihatnya dan menyifatkan perbuatan tersebut tidak amanah.
Artikel berkaitan: “Diabetes say hi” – Netizen ‘Gerun’ Tengok Bancuhan Minuman Yang Peniaga Ini Buat
Penjelasan Chagee
Susulan kejadian itu, Chagee menyatakan bahawa pihaknya sudah mengambil tindakan sewajarnya terhadap pekerja terbabit.
Jelasnya yang tampil memberi respon kepada pemilik video berkenaan, pekerja terbabit telah diarahkan untuk memeriksa cawan yang mengandungi hadiah namun tindakan itu sepatutnya tidak dilakukan secara terbuka (di hadapan pelanggan).
Justeru, pihaknya memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan meminta video tersebut dipadamkan bagi mengelakkan salah faham dan menghormati privasi serta kesejahteraan pekerja terbabit.
Difahamkan, pemilik video berkenaan telah pun memadamkan video terbabit namun ia telah tular di platform lain.
Sumber: TikTok