in

Tular Video Rakaman Di Sebuah Kilang Vape, Netizen Terkejut Lihat Cara Pekerja Periksa Kualiti

cats 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada zaman sekarang, sebilangan besar daripada golongan muda menghisap rokok dan vape. Ada yang menghisap rokok atau vape kerana sudah terbiasa, namun ada juga yang hanya mahu mengikut trend semasa.

Bercerita tentang vape, baru-baru ini tular sebuah video di media sosial yang menunjukkan situasi di dalam kilang pembuatan vape.


Periksa kualiti guna mulut?

Sebuah video tular di media sosial menunjukkan sekumpulan pekerja dipercayai sedang melakukan pemeriksaan kualiti produk vape yang dihasilkan, sebelum mula dibungkus dan dijual kepada pelanggan.

1 7

Menerusi video berdurasi selama 19 saat itu, beberapa pekerja dilihat sedang duduk di hadapan susunan vape. Lalu, mereka menghisap satu per satu vape tersebut, seolah-olah sedang melakukan pemeriksaan kualiti.

Video tersebut ternyata menimbulkan persoalan buat ramai pihak, adakah itu cara kilang tersebut melakukan pemeriksaan kualiti terhadap vape?

https://twitter.com/1Obefiend/status/1591406182048358400?t=64f_wBjoxvGWkC6RLJgTYA&s=19

Ramai rasa mual

Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet terkejut dengan apa yang terjadi di sebalik pembuatan produk yang sering digunakan oleh mereka.

“Siapa gila vape boleh la apply kerja sini. Jimat xperlu selalu sgt refill/beli flavour”, tulis seorang individu secara berseloroh.

Ada juga seorang individu lain yang menyuarakan rasa risau terhadap pekerja di kilang itu yang perlu menghisap vape pada setiap masa untuk melakukan kerja. Jelasnya, ia amat berbahaya buat kesihatan jantung.

Untuk rekod, lokasi dan nama kilang tersebut masih tidak dapat dikenalpasti. Apa-apa pun, belilah produk yang berkualiti!

BACA: Sumbat Mulut Anak Dengan Vape, Lelaki Berdepan Hukuman Penjara 20 Tahun

Capture 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.