in

Tular Video Lelaki Bertatu Terhibur Tonton Upin & Ipin Di Penjara, Muka Gangster Pun Comel!

cats 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Upin & Ipin boleh dikatakan antara animasi yang paling ditonton dan diminati oleh penonton di Malaysia. Daripada kanak-kanak sehinggalah ke orang dewasa, Upin & Ipin mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Lelaki bertatu ketawa besar


Baru-baru ini, tular satu video yang memperlihatkan sekumpulan lelaki bersantai di dalam sebuah bilik sambil menonton animasi Upin & Ipin. Dalam video tersebut, kelihatan beberapa individu di bahagian hadapan sedang berbaring, manakala yang di bahagian belakang pula duduk sambil menghadap televisyen.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah kesemua individu yang menonton Upin & Ipin ialah lelaki dewasa, malah ada beberapa individu yang bertatu!

1 10

3 7

Menurut seorang individu, rakaman ini diambil di sebuah penjara di Indonesia dan mereka semua sedang berada di ruangan rehat untuk menonton televisyen.

Warganet puji comel

Video ini ternyata menarik perhatian ramai yang rata-ratanya terhibur dengan gelagat lelaki bertatu itu. Individu yang bertatu kebiasaannya sinonim dengan perwatakan yang ganas dan tegas, namun tidak buat lelaki di dalam video yang dilihat ketawa ketika menonton Upin & Ipin.

2 11

Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet berpendapat jalan cerita Upin & Ipin berkait rapat dengan kehidupan mereka di Indonesia. Ada juga yang mengatakan animasi ini mengingatkan semula kepada childhood memory semasa kecil dahulu.

Memang Upin & Ipin berkait rapat dengan kehidupan pakcik-pakcik tu semasa mereka kecil dahulu. Apalagi episod yang lama-lama, bring back childhood memory,” tulis seorang individu.

Apa-apa pun, comel betul brother tu!

BACA: Gambar Konsep Taman Tema Upin Ipin Tular, Les’ Copaque Dedah Pilih Cyberjaya Sebagai Lokasi

Capture 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.