in

Tular Video Lakukan Sekatan Jalan Raya Di Serdang, 3 Anggota Polis Trafik Disiasat

polis trafik serdang roadblock

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan tiga anggota polis trafik dilihat membuat sekatan jalan raya berhampiran persimpangan The Mines, Serdang.

Di dalam video itu, beberapa buah kenderaan dilihat ditahan di tepi jalan dengan salah seorang daripada anggota trafik itu dilihat bercakap dengan pemandu kereta di hadapan.


Susulan tularnya video tersebut, pihak polis telah menjalankan siasatan dalaman terhadap tiga anggotanya.

Artikel berkaitan: 2 Polis Bukit Aman Didakwa Terima Rasuah RM1.25 Juta Untuk Tutup Kes Beli Senjata Api Warga Israel

Artikel berkaitan: Seorang Wanita Ditahan Lepas Pandu Secara Berbahaya, Hampir Langgar Polis Trafik

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner AA Anbalagan berkata, pihaknya menyedari video berdurasi 1 minit 19 saat itu yang memaparkan tiga anggota polis trafik menjalankan sekatan jalan raya di antara jam 12.15 hingga 1.15 tengah hari.

Menurutnya, siasatan kini sedang dijalankan bagi menentukan sama ada berlaku salah laku atau perlanggaran garis panduan dalam pelaksanaan sekatan jalan raya.

Untitled tular roadblock 1742741103

Beliau juga menegaskan, IPD Serdang tidak akan berkompromi sekiranya ada perlanggaran prosedur dalam operasi tersebut.

“Kes ini masih dalam siasatan dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau komen yang boleh mengganggu siasatan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.