in

Tular Video Kereta Mewah Lalu Bawah Jambatan Rendah, Pemilik Tunjuk Kereta Selamat Sampai Tanpa Calar

1kereta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mana-mana orang pun yang beli barangan baru, mesti nak barang itu dalam keadaan terbaik tanpa sebarang kerosakan kan. Lagi-lagi kalau beli kereta, dah habis banyak belanja, kalau ada rosak tu mesti tak nak dengar lah.

Semalam, tular di media sosial satu video kereta mewah yang dibawa menaikki trak tunda melalui bawah satu jambatan yang rendah. Kerisauan mula timbul selepas kereta mewah itu nyaris menyentuh bawah jambatan itu. Korang boleh tengok video @annazrulan kat bawah ni.


Selamat sampai

Nampak macam tak lepas kan? Ataupun mesti korang fikir, dah kena bumbung kereta tu. Tampil memberi penjelasan, pemilik sebenar kereta mewah itu telah berkongsi keadaan kereta beliau.

https://twitter.com/Syahmipachee/status/1563531630584922115

Pemilik kereta mewah dengan tweethandle @syahmipachee berkata, keretanya itu selamat sampai tanpa sebarang calar walaupun tular video keretanya melalui jambatan rendah.

https://twitter.com/Syahmipachee/status/1563523740688072720

Beliau turut berkongsi keadaan bumbung kereta dari jarak dekat. Memang terbukti tiada sebarang calar. Dalam tweet tersebut, beliau sempat memuji syarikat penghantar dan pemandu trak tunda yang menghantar kereta terus ke rumahnya itu kerana telah melakukan kerja dengan sangat baik.

 

Baca: “Puasnya hati” – [VIDEO] MPV Kena Sagat Sampai Hilang Warna Sebab ‘Parking Haram’ Di Mall

Screenshot 2022 08 28 at 9.55.15 AM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.