in

Tular Video Kasari Staf Puspakom, Atuk 60 Tahun Didenda RM 1,600

syaz ft 2025 01 24T152706.141

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang individu bertindak mengasari seorang pekerja Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

Video yang tular minggu lalu itu difahamkan berlaku di Johor Bahru, hari ini Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM 1,600.


Artikel berkaitan: “Abang ni jalankan tugas je” –  Tak Puas Hati Gagal Pemeriksaan Lori, Staf Puspakom Ditampar

Artikel berkaitan: Lelaki Didenda Gara-gara Tampar GF Sebab Tak Balas Mesej ‘Good Morning Sayang’

Menurut laporan Kosmo!, Majistret Hidayatul Syuhada Shamsudin menjatuhkan hukuman itu kepada tertuduh, Koh Soon Hua, 60, setelah dia mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin.

Difahamkan, mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara dua bulan sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada Mohd. Suzaini Mohd. Taib pada pukul 5.40 petang, 18 November lalu. Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aishah Latif.

Sebelum ini, rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan lelaki warga emas itu bertindak memukul muka seorang kakitangan Puspakom di Taman Daya.

Tindakan lelaki warga emas itu kemudiannya dihentikan oleh dua lagi staf Puspakom yang berada di situ.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.