in

Tular Video Diterjah Suami Ketika Bersama Anggota Uniform, Isteri Perjelas Kini Dalam Tuntutan Fasakh

Ft Isteri Dituduh Curang Buka Mulut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini tular satu video seorang suami menerjah isterinya yang dikatakan curang bersama seorang anggota beruniform, dalam video tersebut dia cuba untuk mengambil isterinya yang dikatakan ada dalam kereta sambil menyerang individu yang didakwa kekasih gelap isterinya itu.

Memandangkan video itu tersebar luas sehingga ke platform media sosial yang lain, si isteri tersebut tampil memperjelaskan hal sebenar yang berlaku dan mendedahkan sikap sebenar suaminya itu. Katanya, mereka sebenarnya kini dalam proses perceraian tetapi tergendala kerana si suami itu tidak mahu beri kerjasama.


Artikel berkaitan : Fattah Didakwa Curang, Fazura Dedah 3 Sebab Punca Bercerai Dengan Suami

Artikel berkaitan : “Banyak kali saya maafkan” –  Ananda Natasha Buka Mulut, Andika Pernah Curang Ketika Anak Usia 3 Tahun

Dalam pada itu, wanita ini juga mendedahkan bahawa orang yang curang itu sebenarnya suaminya malah suaminya itu dikatakan seorang yang culas dalam menjalankan tanggungjawab memberikan nafkah buat dirinya dan anak. Pendedahan itu dibuat kerana video tersebut tular dan keterlaluan kerana dia dipandang serong.

“Saya dan dia sudah tinggal berasingan hampir satu tahun, setelah macam-macam yang berlaku atas diri saya, saya cuba berbincang cara elok sebelum ini dan peluang terlalu banyak saya berikan kepada lelaki tersebut tapi tidak menemui jalan keluar.”

“Saya yang melangkah meninggalkan lelaki tersebut, sepanjang proses penceraian saya tiada disabitkan oleh lelaki tersebut tentang nusyuz, tiada istilah curang atau apa-apa.. tapi disebabkan kuasa viral orang hanya mendengar sebelah pihak.”

462262438 7952525164853753 5339300269974207089 N

“Semua ini berlaku disebabkan saya yang menafkahi diri saya sendiri serta anak yang bersama saya, dan saya terpaksa membuat 2-3 kerja termasuk grab sambilan untuk membayar hutang² yang tertunggak disebabkan lelaki tersebut yang menghalang saya berkerja sebelum ini.”

“Sebelum berkahwin dengan lelaki tersebut saya seorang yang bekerja di kedai telefon, tapi disebabkan dia terlalu cemburu kepada saya, dia suruh saya behenti kerja, sedangkan dia tidak membantu dalam menunaikan tanggungjawab dia dalam membiayai nafkah kepada saya.”

Malah lelaki tersebut juga dikatakan tidak mahu berpisah secara baik dan wanita yang dikenali sebagai Muny Haniey ini mengatakan bahawa suaminya itu sengaja berniat untuk membuatkan dirinya gantung tak bertali.

462138699 7952524154853854 5362351050915548846 N 1

Wanita ini mengatakan bahawa dia tidak akan mengeluarkan lagi sebarang kenyataan untuk menutup spekulasi sambil melampirkan beberapa foto bukti yang menunjukkan suaminya membuat panggilan video dengan wanita lain dan kesan keganasan fizikal yang lelaki ini lakukan kepadanya.

462336396 7952507151522221 1852268935518555490 N 1

“Kalau saya diam akan terus nampak salah.. tapi kalau saya kemukakan bukti.. Ampa menilai lah sendiri… Banyak lagi gambar tentang dia… Tapi dia pernah hapuskan bukti tu dalam fon saya.. Ini separuh dari bukti yang ada.”

“Saya bini melayu kedua atau ketiga si lelaki tersebut.. Sebelum saya dia ada duduk dengan perempuan Thailand.. Tapi perempuan tu telah lari balik Bangkok time covid.”

Hantaran di Facebook yang meraih lebih 1.4k jumlah perkongsian ini telah mengundang rasa simpati netizen, rata-rata memberikan sokongan moral buatnya.

Sumber : Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.