Satu klip rakaman CCTV tular di platform media sosial X memperlihatkan beberapa individu yang didakwa anggota polis membuat serbuan di sebuah rumah. Perkara ini telah mengundang kemarahan netizen.
Susulan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan video dan kenyataan yang asalnya tular di Facebook itu pada jam 1 petang semalam sebelum ia dipadamkan.
Artikel berkaitan : Suami Lapor Polis Isteri Hilang, Rupanya Ditemui Maut Dengan Kekasih Gelap Dalam Kereta
Artikel berkaitan : Enggan Ceraikan Isteri, Bapa Ugut Nak B*kar Anak Ditahan Polis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar dalam satu kenyataan baru-baru ini berkata, PDRM telah mengesahkan bahawa serbuan itu dilakukan oleh Bahagian Jenayah Narkotik IPD Petaling Jaya di Pelangi Damansara, Petaling Jaya pada 10 Oktober 2024 semasa melakukan Ops Tapis di kawasan Damansara.
Berdasarkan video itu, keempat-empat pegawai tersebut bertindak ‘menceroboh’ selepas pemilik rumah dikatakan enggan membenarkan mereka masuk, malah mereka menggunakan kekerasan di pintu depan dan memusnahkan kamera CCTV.
sebab tu orang awam susah dah nak percaya polis. Cuba buat macam ni kat markas rumah kedai pendatang tanpa izin tu. Entah entah sebab ambik duit tu yang banyak kedai warga asing yang x kena serbu. Sial polis macam ni, elok satu keturunan kena penyakit takde ubat. pic.twitter.com/SDxwIUt7rj
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) February 18, 2025
Dalam satu kenyataan tangkap layar daripada pemilik asal, dia menyatakan bahawa keempat-empat individu itu gagal mengemukakan waran ketika diminta olehnya dan mendedahkan bahawa kesemua pegawai berkenaan didakwa meminta bayaran peras ugut RM12,000 daripadanya secara tunai.
Berikutan itu, Shahrulnizam mengatakan bahawa siasatan telah dibuka dan tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat sebarang salah laku dalam kejadian ini.