in

Tular Suami Anggap Isteri ‘Rosak’ Sebab Beranak ‘Czer’, Doktor Sarankan Ilmu Bersalin Ada Dalam Kursus Kahwin

Czer 3 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, kecoh di media sosial tentang seorang suami yang tidak boleh menerima isterinya bersalin secara caesarean (czer) kerana menganggap tubuh badan si isteri sudah rosak dek pembedahan tersebut.

Selepas isu ini tular, seorang doktor perubatan di TikTok terpanggil untuk menjelaskan situasi pembedahan czer yang berlaku atas sebab-sebab tertentu.


Kena ada ilmu bersalin czer dalam kursus kahwin

Menerusi video perkongsian oleh @wanieazeera di TikTok, Doktor Wanie menyarankan agar ilmu obstetrik dan ginekologi (O&G) atau ilmu bersalin ini diselitkan dalam kursus kahwin supaya dapat memberi pendedahan kepada bakal suami tentang keperluan pembedahan czer.

Saya rasa kena ada O&G masa kursus kahwin. Memang kena ada untuk bagi penerangan untuk orang yang tak faham.

2 situasi pembedahan czer

Doktor Wanie turut menerangkan dua situasi pembedahan czer iaitu kecemasan dan elektif. Bagi kes kecemasan, ia berkait rapat dengan nyawa ibu dan anak sebagai contoh bayi dalam perut dikhuatiri lemas.

Artikel berkaitan: “Baik I kahwin lain” – Suami Bengang Isteri Beranak ‘Czer’, Anggap Badan Sudah ‘Rosak’

Artikel berkaitan: Pesakit Trauma Doktor Didakwa Terpotong Pundi Kencing Sepanjang 7CM Ketika Pembedahan ‘Czer’

Doktor takkan suka-suka nak buat operation tu. Dia kena tengok kenapa. Ni bukan pilihan, tak ada pilihan selain selamatkan nyawa anak dia.

Selain itu, doktor perlu meneruskan pembedahan czer kerana ia nyawa ibu dan akan terancam sekiranya ibu diserang sawan ketika bersalin.

Bayi dah makan najis, ibu sawan, ibu dah terlalu lama tahan contraction tapi tak ada bukaan. Benda ni boleh membahayakan dan memberi stres kepada anak dan ibu.

Bagi kes elektif ataupun dirancang pula, pembedahan czer perlu jika bayi dalam perut dalam kedudukan songsang, ibu yang mempunyai masalah jantung, ada penyakit yang berisiko untuk menjangkiti bayi.

Contohnya HIV yang tidak boleh dikawal dan jangkitan herpes pada alat kelamin ketika usia kandungan sudah memasuki tiga trimester, masalah plasenta, ibu yang ada penyakit kencing manis dan sebagainya.

@wanieazeera

Kenapa kena caesarean section?

♬ original sound – WanieAzeera – WanieAzeera

Mungkin silibus O&G kena masuk dalam kursus kahwin..

Sumber: TikTok

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.