in

Tular Konon Bekas Isteri Engku Emran Jadi Isteri Ketiga Pendakwah Terkenal, Rupa-rupanya…

Laudya Cynthia Bella Kahwin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kecoh di negara seberang kini memperkatakan mengenai aktres terkenal yang juga bekas isteri kepada Engku Emran, Laudya Cynthia Bella sudah sah menikah dengan seorang pendakwah terkenal Indonesia dan menjadi isteri ketiga.

Menurut dakwaan terbabit, Bella yang sudah bercerai dengan Engku Emran empat tahun lalu dikatakan telah bernikah dengan Ustaz Muhammad Nuzul Dzikri secara tertutup dan majlis itu dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja.


Laudya

Walau bagaimanapun, dakwaan tersebut menimbulkan kesangsian ramai dan ahli keluarga Bella bernama Kaditha Ayu tampil memberi penjelasan, lapor Lambe Turah.

Kaditha menerusi IG story memuat naik posting seseorang yang membuat penjelasan bahawa posting berkenaan perkahwinan Bella itu adalah palsu semata-mata.

Bismillah… Saya ingin meluruskan bahawa berita pernikahan Ustaz Nuzul Dzikri dan Laudya Cynthia Bella tidak benar.

“Ini jelas kesalahan kami kerana terlalu cepat menyebarkan berita hanya dengan melihat beberapa posting yang ternyata berita tersebut tidaklah benar,” tulisnya.

Menurut individu itu lagi, posting terdahulunya berkaitan isu itu juga sudah dipadam dan dia meminta agar orang ramai tidak lagi menyebarkan berita berkenaan serta memohon kemaafan Allah atas kekhilafannya itu.

Take Down

Dalam pada itu, Kaditha Ayu juga memaklumkan individu terdekat Bella memberitahu bahawa pelakon itu sedih dengan penyebaran berita berkenaan.

Saya cakap perkara ini dengan Bella, Bella sedih, maksudnya sedih kerana tidak sesuai kenyataan seperti itu. 

“Sumpah, saya tak habis fikir. Saya telefon Bella dan dia bilang ‘pahala buat saya’,” katanya.

Apa-apapun kita doakanlah semoga Bella bertemu dengan jodoh yang baik. Amin!

Sumber: Lambe Turah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.