in

Tular Foto Warga Emas Cabul Kanak-kanak, Polis Nafi Dakwaan Lepas Ibu Mengaku Jiran Nyanyuk

polis nafi pakcik tua cabul budak perempuan

Baru-baru ini, tular di media sosial berkenaan sebuah posting yang mendakwa seorang warga emas telah bertindak mencabul dan berkelakuan tidak senonoh terhadap kanak-kanak perempuan di sekitar Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Pihak polis walau bagaimanapun telah menafikan dakwaan berkenaan dan membuat siasatan terhadap kes tersebut termasuklah merekodkan keterangan daripada ibu kanak-kanak itu, lapor Astro AWANI.

pakcik gatal

Ibu nafi anak dicabul, jiran warga emas sudah nyanyuk 

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Prai Tengah, ACP Tan Cheng San berkata, wanita berkenaan menafikan dakwaan sebagaimana ia ditularkan dan sebaliknya mengaku bahawa lelaki di dalam gambar itu adalah jirannya serta telah dianggap seperti keluarga sendiri.

Pihak polis katanya telah menerima dua laporan yang dibuat oleh warga emas berusia 80 tahun itu untuk menafikan dakwaan dan siasatan lanjut juga telah dilakukan termasuk merekodkan keterangan jiran lelaki tersebut.

Lelaki serta kanak-kanak itu tinggal di kawasan perumahan yang sama dan saksi mengesahkan bahawa warga emas itu telah nyanyuk di samping tidak boleh berkomunikasi dengan baik,” kata polis dalam satu kenyataan.

gila pakcik cabul

“Kalau kenal pun jangan sesuka hati duduk rapat…” 

Isu ini walau bagaimanapun telah mendapat respon daripada netizen yang mana rata-rata kurang bersetuju dengan ibu kanak-kanak perempuan berkenaan dan berharap warga emas terbabit ‘menjaga jaraknya’ dengan kanak-kanak itu di masa hadapan.

rapat

Apa-apapun pihak polis sudah menjalankan siasatan, kita fikir yang positif sajalah dan harap budak perempuan itu tidak diapa-apakan.  

Baca: Wanita Dicabul Dalam Bas Ketika Perjalanan Dari Kelantan Ke Melaka

cabul

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook