Satu demi satu pendedahan yang tersebar di media sosial berhubung kisah rumah tangga pasangan influencer Alif Teega dan Aisyah Hijanah yang hangat diperkatakan dalam kalangan netizen.
Dalam pada tersebar rakaman suara yang didakwa milik Aisyah dan Alif yang dipercayai sedang bertelingkah, muncul pula kenyataan seorang individu yang mendakwa abang ipar kepada isteri kedua Alif, Fatin Umaidah mendedahkan mengenai keluarga wanita itu.
Perkara ini tersebar di TikTok dan lelaki ini mendakwa isterinya yang merupakan kakak kandung kepada Fatin telah dibuang keluarga kerana tidak bersetuju adiknya kahwin dengan Alif.
Artikel berkaitan: “I fall in love with best man ever” – Viral IG Posting Fatin Umaidah Buat Luahan Cinta Kepada Alif Teega?
Artikel berkaitan: Aisyah Hijanah Tampil Bagi Respon Isu Dakwaan Dicederakan Oleh Alif Teega
Dalam pada itu, individu turut mendakwa dia telah menerima layanan yang buruk daripada keluarga mentuanya.
Selain itu, dia juga mendakwa ibu mentuanya tidak mengenang budi dan jasa baik yang pernah diberikan terhadapnya.
Terdahulu, Alif mendapat perhatian apabila tular rekod perubatan yang didakwa kepunyaan Aisyah, menerangkan isterinya membuat aduan didera pada November lalu.
Untuk info, Alif Teega mendirikan rumah tangga dengan isteri pertamanya, Aisyah pada tahun 2017 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata.
Sumber: TikTok