Komposer lagu “Circle Of Life” dari filem The Lion King iaitu Lebohang Morake atau terkenal dengan nama samaran Lebo M telah menyaman seorang pelawak sebanyak USD 27 juta (sekitar RM108 juta) berhubung dengan jenakanya yang telah memutarbelitkan terjemahan sebenar dalam pembuka lagu tersebut.
Ia susulan dengan jenaka daripada pelawak kelahiran Zimbabwe iaitu Learnmore
Mwanyenyeka menyatakan maksud lirik pembukaan lagu berbahasa isiZulu dan isiXhosa itu adalah “Lihat, ada singa, oh tuhan” dalam satu sesi audio siar bulan lepas.
Apabila ditanya sama ada dia melawak oleh hos, Mwanyenyeka dengan yakin menyatakan itu adalah maksudnya.
Artikel berkaitan: “Malu sampai ke sini” – 2 Mat Salleh Tak Tahan Lihat Gelak Wanita Nyanyi Lagu ‘Lion King’ Depan Singa
Artikel berkaitan: Dakwa Dipergunakan, Bekas Chef Peribadi Mahu Saman Neymar RM1.4 Juta
Dah buat jenaka sama selama 8 tahun?
@videoninja23 I cannot hear this song the same way ever again. Thought it was something majestic 😂 #lionking#song#ruined#truth#podcast
Dakwa pemenang anugerah Grammy itu, tindakan itu telah merosakkan karya sepanjang hayatnya. Menurut tuntuan saman dari Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat yang difailkan pada 16 Mac lepas, lirik “Nants’ingonyama bagithi Baba” itu membawa maksud “Semua menjunjung tinggi raja, kami semua tunduk di hadapan raja.”
Tindakan pelawak tersebut telah membuatkan ada beberapa penonton mempercayai bahawa terjemahan yang diberikan itu betul sehinggakan ada akaun media sosial menyifatkan zaman kanak-kanak mereka telah musnah.
Menurut sumber, biarpun “ingonyama” boleh diterjemahkan kepada “singa” dalam bahasa Zulu, menurut tuntutan mahkamah itu, dalam Praise Imbongi dan metafora diraja, “Ngonyama atau Ingonyama” menandakan pemerintahan raja, kuasa nenek moyang, dan kehadiran berdaulat.
Bagaimanapun terjemahan seperti itu dianggap “penyelewengan yang direka-reka dan remeh, bertujuan untuk dijaikan bahan jenaka demi keuntungan diri ia menyalahi undang-undang dan pemusnahan karya imaginatif dan artistik Lebo M”, menurut tuntutan mahkamah itu.
Morake telah menuduh pelawak itu cuba memadamkan lebih 30 tahun karya budaya dan seni. Bahkan Mwanyenyeka mendakwa bahawa pelawak tersebut telah mempersembahkan jenaka itu selama lapan tahun.
Malah, dalam tuntuan saman itu, Mwanyenyeka didakwa terus menggunakan jenaka di bahagian itu di kelab-kelab komedi di Los Angeles dan di seluruh Amerika Syarikat selepas klip itu menjadi tular dan cuba menjana wang daripadanya. Peguamnya berhujah bahawa tindakan tersebut menunjukkan “niat jahat yang sebenar.”
Cari peguam dan minta sumbangan untuk kos guaman
View this post on Instagram
Lebih teruk lari tuntutan saman itu diterima saat dia membuat persembahan komedia di Los Angeles baru-baru ini.
Menerusi Intagram miliknya, Mwanyenyeka kini sedang mencari seorang peguam untuk membantu kesnya ini serta melancarkan tabung dana untuk dirinya mendapatkan modal bagi kos guaman.
