Korang selalu tak nampak ada certain orang suka letak dompet kat dalam poket belakang? Dompet dah la tebal semacam lepas tu nanti badan dia jadi senget sebab terduduk atas dompet tu.
Beberapa hari lepas ada satu gambar ni viral kat Twitter kononnya orang yang ada tabiat letak dompet atau telefon bimbit dalam poket macam tu tulang dia boleh jadi bengkok. Bila tulang bengkok tu, orang yang ada tabiat ni mungkin akan dapat penyakit tulang Scoliosis.
Fakta atau mitos?
Tapi benda ni betul ke tak? Disebabkan ramai orang duk share benda ni, seorang doktor pakar bedah orthopedik tampil untuk menjelaskan hal sebenar kat Twitter dia. Doktor yang dikenali sebagai Dr. Mahyuddin ni maklumkan yang benda tu cuma mitos saja. Fuuuh nasib baik!
Sebabnya? Tulang belakang kita ni flexible dan akan menyesuaikan posture dengan keadaan dompet yang berada di punggung. So tu takkan menyebabkan tulang belakang korang bengkok kekal and kena Scoliosis. Perubahan posture ni cuma sementara.
Kesan kesihatan yang sebenar
Walaupun tak akan menyebabkan penyakit tulang Scoliosis, tabiat letak dompet di poket belakang secara berterusan ni ada jugak kesan dia tau. Dr. Mahyuddin jelaskan yang tabiat ni kalau korang selalu sangat buat boleh sebabkan tiga perkara ni:
- Sakit belakang
- Otot belakang kejang (muscle spasm)
- Tekanan pada saraf Sciatic jika dompet terlalu tebal – boleh sebabkan sakit dan kebas kaki
Scoliosis tidak akan disebabkan oleh..
Dr. Mahyuddin berpendapat gambar yang diguna tu agak extreme dan dia ada juga bagi info sikit pasal Scoliosis ni. Menurut Dr. Mahyuddin, Scoliosis ni tidak akan disebabkan oleh;
- Scoliosis tidak akan disebabkan oleh duduk senget
- Scoliosis tidak akan terjadi jika kita duduk tahiyyat (tasyahud) ketika solat 5 kali sehari
- Scoliosis juga tidak akan terjadi hanya kerana beg berat yang dipikul anak-anak ke sekolah
Ooh macam tu rupanya. Ingatkan betul-betul boleh dapat penyakit tulang. Benda-benda pasal kesihatan ni better kita refer kat orang yang lebih pakar sebelum sebarkan pada orang ramai. Korang kalau nak kongsi maklumat, pastikan kesahihannya dulu ye!
Baca: 20 Doktor Perubatan Yang Anda Patut Follow di Facebook