Selain daripada isu microphone Tokti yang tidak dihidupkan semasa persembahan di AJL34, rupanya ada lagi isu hot lain yang berlaku sekitar majlis anugerah ini berlangsung semalam.
Menurut Harian Metro, Datuk A Aida telah membuat kejutan apabila produser terkenal ini membuat penampilan tidak bertudung di majlis tersebut. Whaaat?
Sudah buka hijab sejak beberapa bulan lalu?
Ketika disoal wartawan, A Aida mengaku yang dia sudah free hair semenjak beberapa bulan lalu.
“Ya, betul saya tidak lagi berhijab. Tapi, saya tidak mahu bercakap banyak mengenai perkara ini. Saya minta maaf. Dokan yang baik-baik saja buat saya,” jelasnya.
https://www.instagram.com/p/B8WlCzWlEbW/
Datuk A Aida terdahulu mengenakan hijab selepas berkahwin pada Julai 2018 dengan pelakon muda, Ariff Aziz.
Namun begitu, perkahwinan mereka tak kekal lama apabila pasangan ini bercerai selepas 9 bulan mendirikan rumah tangga.
Dapat komen positif dan negatif lepas buka tudung?
Disebabkan tindakannya membuka tudung, A Aida telah menerima pelbagai kritikan netizen yang terkejut dengan kelakuan mendadaknya itu. Ada juga yang berharap supaya A Aida kembali mengenakan hijab kerana usianya bukannya muda lagi.
Pun begitu, fans A Aida di Instagram ternyata sangat positif kerana kebanyakannya menyukai penampilan produser tersebut yang kelihatan jauh lebih muda dan vogue daripada sebelumnya.
https://www.instagram.com/p/B8XuF7jlSKa/
Min tak ada komen… Rasanya macam dah trend dah bukak tutup tudung ni.