Pada 5 Februari lepas, pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew (UEL) bertemu dengan Tunku Mahkota Johor DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim. Dalam perkongsian menerusi Facebook rasminya, Tunku Ismail begitu mengagumi usaha UEL dalam memberikan bantuan kepada golongan yang memerlukan.
Antara aktiviti-aktiviti sumbangan yang paling saya kagumi adalah usaha beliau dalam membantu rakyat dengan peralatan perubatan, bekalan makanan dan barang keperluan asas.”
Ketika bersua, Ustaz Ebit Lew menjelaskan bahawa dia menerima sebanyak RM 200,000 bagi misi bantuan, bukan itu sahaja, Tunku Ismail juga dikatakan ingin dirinya dan pasukannya menunaikan umrah bersama.
“Tunku kuat memikirkan keadaan rakyat Johor dan seluruh Malaysia. Tadi panjang berbual berbincang bagaimana nak bantu orang susah dan menjaga agama Islam. Mendidik anak muda. Naikkan institusi pendidikan.”
Terharu dengan layanan yang begitu baik UEL juga menjelaskan bahawa Tunku Ismail berbesar hati ingin menawarkan bantuan dalam segala misinya pada masa akan datang.
Guna sumbangan beli gajet PdPR
Sebelum ini, UEL ada hulurkan bantuan tablet kepada mereka yang memerlukan, namun sayangnya dia tak dapat nak bantu semua.
Disebabkan itu, hari ini UEL gunakan wang sumbangan tersebut untuk membeli 500 tablet untuk 500 orang pelajar untuk memudahkan mereka melakukan sesi PdPR.
“Doakan ya. Terima kasih TMJ. Saya gunakan untuk beli 500 Tab untuk 500 pelajar untuk kelas online. Syukur dah sampai. Hari ini kami akan agihkan pada yang memerlukan. Semoga menjadi asbab kebaikan.”
Kenyataan yang dikongsikan menerusi Facebook itu telah meraih hampir 4K jumlah perkongsian sepanjang 3 jam ia dimuat naik dan ramai netizen terinspirasi dengan usahanya.