Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengumumkan beliau akan bertemu Presiden Rusia, Vladimir Putin, pada 15 Ogos di Alaska.
Pertemuan itu dilihat sebagai langkah penting dalam usaha damai bagi menamatkan perang berlarutan antara Rusia dan Ukraine. Trump berkata perbincangan akan memfokuskan kepada pelan gencatan senjata yang “berpotensi menyelesaikan konflik dengan segera.”
Menurutnya, pelan damai itu mungkin melibatkan “pertukaran wilayah” antara Rusia dan Ukraine, meskipun Kyiv sebelum ini menolak sebarang cadangan yang melibatkan penyerahan wilayah.
Memetik laporan Astro Awani, jika sidang ini berlangsung, ia akan menjadi pertemuan kemuncak AS–Rusia pertama sejak 2021. Penganalisis seperti Artis Pabriks menyifatkan langkah tersebut sebagai “kejayaan diplomatik besar bagi Kremlin,” kerana ia meletakkan Rusia setaraf dengan kuasa besar dunia dalam membuat keputusan global.
Setakat ini, Kremlin belum mengesahkan penyertaan Putin, dan Trump juga tidak memaklumkan sama ada Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, akan turut serta. Namun, beliau menegaskan bahawa “Putin mahu bertemu secepat mungkin” dan “Zelenskyy juga mahukan keamanan.”
Baca: Penyeludupan Dad*h Teruk Di AS, Donald Trump Tawar Ganjaran RM235 Juta Tangkap Presiden Venezuela