Kutuk wajah Zahirah MacWilson seperti bibik dan muat naik gambar Aiman Hakim Ridza di Instagram peribadi adalah perkara mengejutkan yang dilakukan Fathia Latiff sepanjang minggu ini yang menjadi perbualan hangat netizen.
Walau bagaimanapun, ramai yang menganggap punca kejadian ini berlaku adalah kerana tindakan seorang netizen yang telah menyebut soal Zahirah ketika Fathia sedang membuat sesi live beberapa hari lalu.
Artikel berkaitan: “Maaf ya bik!” – Fathia Latiff Kongsi Foto Kenangan Masa Bercinta Dengan Aiman Hakim Ridza
Artikel berkaitan: “Balik umrah tapi” – Fathia Latiff Mengamuk Dengan Anju, Bengang Kena ‘Spill Tea’ Pasal Perangai Buruk
“Menanggung la orang yang petik nama Zahirah kat live Fathia”
Menerusi perbincangan netizen di X, ramai yang mendakwa punca kejadian ini berlaku adalah kerana tindakan seorang netizen yang memetik nama Zahirah MacWilson dan memuji kecantikan pelakon itu ketika Fathia sedang bersiaran langsung di TikTok hingga menyebabkan pelakon Ariana Rose ini terganggu.
Perkara ini sekaligus membuatkan Fathia bertindak luar biasa hingga mengganggu keharmonian rumah tangga pasangan Aiman Hakim Ridza dan Zahirah.
“Kadang mulut netizen yang memecah belahkan semuanya”
Rata-rata netizen juga berpendapat ada kemungkinan Fathia mengalami masalah mental yang menyebabkan perkara ini berlaku dan mereka yang kurang cakna mengenai hal tersebut telah ‘trigger’ bahagian sensitif di dalam diri pelakon itu.
Netizen juga menyampaikan rasa simpati mereka terhadap kedua-dua belah pihak yang terkesan atas apa yang berlaku.
Sebab tulah kita kena berhati-hati dalam berkata-kata, bimbang buat orang lain terasa dan masalah lain pula yang timbul. Cakap dan doa yang baik-baik sahaja, barulah perkara positif akan datang.
Sumber: X