in

‘Tren pulak kena slow”- Kenduri Kahwin Ini Viral Gara-gara Dilangsungkan Di Sebelah Landasan Kereta Api

F2 Majlis Kahwin Sebelah Landasan Kereta Api

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika anda melangsungkan majlis kahwin, sudah tentu ramai yang memilih lokasi yang memudahkan tetamu untuk datang memenuhi undangan sama ada diadakan di dewan, hotel atau rumah pengantin sendiri.

Namun, sebuah majlis kenduri kahwin di Surabaya, Indonesia ini pula lain daripada yang lain kerana diadakan di sebelah landasan kereta api.


5 1

Video suasana majlis kenduri itu baru-baru ini telah menjadi perhatian setelah dikongsikan di TikTok dilaanrfd.

https://www.tiktok.com/@dilaanrfd/video/7250531043088813317

Dalam video yang berdurasi selama 12 saat itu, dapat dilihat kerusi dan meja makan tetamu diletakkan di kiri dan kanan landasan kereta api itu.

Mungkin rumah pengantin memang di sebelah landasan kereta api tu, alah yang macam pasar Mae Klong Railway Market dekat Thailand yang bersebelahan dengan landasan kereta api tu.

4 2

Ketika video tersebut dirakam saat majlis berlangsung, sebuah kereta api juga telah melalui kawasan itu dengan perlahan.

Ini kerana menurut salah seorang netizen yang tinggal berdekatan dengan kawasan itu, difahamkan kereta api akan memperlahankan kelajuannya jika ada majlis di situ.

Agaknya pemandu kereta api pun dah biasa dah kan. 

Sumber: TikTok @dilaanrfd

Baca: [VIDEO] Konon Makan Di Kedai ‘Estetik’, Lelaki Terkejut Keretapi Lalu Sebelah Meja Makan

Keretapi Lalu Sebelah Meja

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.