in

TransMalaya Ekspres Asingkan Penumpang Lelaki dan Perempuan Untuk Elak Maksiat dan Gangguan Seksual

page 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penumpang lelaki dan perempuan tanpa ikatan suami isteri atau keluarga yang menaiki bas TransMalaya Ekspres akan diasingkan tempat duduk bagi setiap perjalanan. Terma ini bukan hanya untuk penumpang beragama Islam, malah bagi mereka yang non-muslims juga.

Syarikat yang menguruskan bas itu berkata keputusan tersebut dilakukan bagi memberi keselesaan dan keselamatan kepada penumpang wanita, berikutan kebimbangan berlakunya gangguan seksual, lapor Malay Mail.


 

bas0
Sumber: Berita Harian

Menurut Noorlini Ramli, pemilik dan pengasas bersama KRZ Management Sdn Bhd yang menguruskan bas TransMalaya Ekspres itu, langkah berkenaan dilaksanaan bagi mengelakkan insiden yang tidak diingini.

“Kunci utama ia dilaksanakan adalah untuk memberi kelebihan kepada penumpang wanita kerana banyak aduan serta laporan yang kami dengar tentang penumpang wanita dicabul oleh orang yang tidak dikenali. Jadi kami mengambil langkah ini untuk memberi mereka keselesaan serta keselamatan.” kata Norlini.

bas2
Sumber: Facebook | TransMalaya Ekspres

Mungkin ramai tidak tahu, tetapi syarat ini mula dilaksanakan sejak Februari tahun lalu dan langkah itu diterima baik oleh pelanggan dari pelbagai latar belakang kaum dan agama.

Penumpang lelaki ditempatkan di bahagian kiri bas manakala penumpang perempuan pula di bahagian kanan bas. Staf kaunter tiket akan menjelaskan kepada pelanggan tentang tempat duduk di dalam bas. Sesetengah penumpang perempuan tiada masalah untuk duduk di sebelah lelaki dan ada juga sesetengah yang memilih untuk duduk di sebelah penumpang perempuan sahaja.

bass
Sumber: Berita Harian

Pasangan Islam yang berlum berkahwin pula akan diminta untuk menunjukkan sijil nikah yang sah dari pejabat agama sebelum membeli tiket. Namun menurut Noorlini, ada juga sesetengah penumpang berkeras untuk tidak duduk berasingan.

“Jika perkara sebegitu berlaku, kami biasanya akan memberikan mereka tempat duduk di bahagian hadapan bagi memudahkan kami untuk memerhatikan tingkah laku mereka,” katanya.

bas5
Sumber: Facebook | TransMalaya Ekspres

Netizen rata-rata memuji langkah yang diambil oleh TransMalaya Ekspres ini memandangkan terlalu banyak kes cabul dan maksiat yang semakin berleluasa di negara ini.

“Sekurang-kurangnya syarikat ini telah menjalankan satu tanggungjawab iaitu amar makruf nahi mungkar. Bagi mengelakkan gangguan seksual atau pasangan yang tiada ikatan yang sah melakukan maksiat. Kes sebegini bukannya tidak pernah berlaku sebelum ini.” kata seorang pengguna Facebook, Nur Aqilah.

Selain daripada TransMalaya Ekspres, seorang pengguna Facebook, Fara Adila pernah post tentang bas Nini Ekspress yang turut menggunakan syarat yang sama untuk penumpang mereka.

bas

Memang bagus dan wajar diberi pujian di atas usaha mereka mengambil langkah mengelakkan kes-kes cabul, gangguan seksual atau maksiat yang semakin menular lebih-lebih lagi dalam kalangan remaja. Keep it up!

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.