in

Tragedi Helikopter TLDM: Sahabat Muat Naik Gambar Bersama, Tak Sangka Ramadan Kali Terakhir Berjumpa

Heli 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini, kita dikejutkan dengan berita nahas dua buah helikopter yang dilaporkan bertembung di ruang udara sebelum terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak.

Menurut laporan, seramai 10 orang kru disahkan terkorban dalam nahas berkenaan yang berlaku kira-kira pada jam 9.45 pagi tadi.


Sempat jumpa bulan Ramadan

Dalam pada itu, seorang individu telah memuat naik satu hantaran di Facebook miliknya menzahirkan ucapan takziah kepada sahabatnya, Mohd. Shahrizan Mohd. Termizi yang maut dalam nahas helikopter itu.

Artikel berkaitan: [TERKINI] Nahas 2 Helikopter Bertembung Di Lumut, 10 Mangsa Dilaporkan Terkorban

Artikel berkaitan: “Al-Fatihah..” – Suami Sepupu Eyra Hazali Salah Seorang Mangsa Kemalangan Helikopter

Lebih menyedihkan, individu yang bernama Suzana Hamdan berkata dia tidak menyangka pertemuannya bersama arwah Mohd. Shahrizan pada akhir bulan Ramadan lalu merupakan yang terakhir buatnya.

Salam takziah dan Al-Fatihah buat sahabat bekas rakan sekelas… Tak sangka akhir Ramadan aku jumpa kau tu adalah kali terakhir aku bertemu dengan kau.
Damailah kau di sana sahabat.. Mohd Shahrizan bin Mohd Termizi.
Dalam hantaran yang sama, Suzana juga memuat naik beberapa gambar termasuklah gambar kenangan sewaktu sekolah bersama.
Heli 1
Beberapa kenalan sekolah arwah Mohd. Shahrizan juga sempat meninggalkan komen pada gambar tersebut.

Heli 5

Menurut Berita Harian, nahas tersebut berlaku semasa dua buah helikopter yang terlibat sedang dalam latihan lintas hormat sempena sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 pagi tadi. Selepas pertembungan berlaku, kedua-dua helikopter telah hilang kawalan sebelum terhempas.
Dua buah helikopter yang terlibat terdiri daripada model HOM telah hempas di tangga Stadium TLDM Lumut manakala pesawat Fennec terhempas di kolan renang Kompleks Sukan TLDM Lumut.
Difahamkan, pesawat HOM membawa empat orang kru serta tiga penumpang dan Fennec membawa tiga orang kru.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.