in

Tradisi Buat Individu Belum Berkahwin Di Denmark, Mandi Serbuk Kayu Manis Untuk Dapat Jodoh

cats 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menurut petua orang lama-lama, mandi bunga adalah satu cara untuk membuang badi seseorang. Namun pernahkah anda dengar berkenaan penggunaan serbuk kulit kayu manis digunakan untuk tujuan yang sama?

Kedengaran seperti pelik dan lucu, tetapi petua melumurkan serbuk kulit kayu manis pada seluruh badan adalah salah satu tradisi unik masyarakat di Denmark. Amalan ini sudah lama dipraktikkan iaitu sejak abad ke-16 lagi dan masih diamalkan sehingga ke hari ini.


IMG 5052ss

Serbuk kayu manis akan dimandikan kepada mana-mana individu yang sudah mencecah usia 25 tahun, tetapi masih belum berkahwin. Amalan ini dipanggil sebagai ‘pebersvend’ atau lebih dikenali sebagai ‘paper dude’.

Menurut salah seorang penduduk di sana, Oliver, aktiviti tersebut diamalkan bagi memperingati golongan pedagang rempah-ratus pada zaman dahulu. Pada ketika itu, pedagang kerap mengembara ke seluruh dunia untuk menjual hasil dagangan mereka.

Oleh sebab itu, golongan ini selalu terlupa tentang masa depan mereka terutamanya dalam mencari pasangan dan mendirikan rumah tangga. Jadi untuk mengelakkan golongan muda terlupa tentang perkara yang sama, amalan mandi serbuk kulit kayu manis dicipta.

IMG 5051sss

IMG 5054sss

Upacara mandi serbuk kayu manis kebiasaannya akan dilakukan ketika seseorang individu itu menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-25. Amalan ini akan dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat yang akan membantu memandikan mereka yang diraikan.

Untuk rekod, selain daripada serbuk kayu manis, ada sesetengah amalan menggunakan bahan-bahan lain seperti lada hitam, kek dan sebagainya untuk memandikan seseorang.

Lebih unik, individu yang diraikan perlu mengikut beberapa peraturan yang ditetapkan. Antaranya adalah mereka tidak boleh melawan dan perlu mengikut arahan yang diberikan oleh ahli keluarga dan rakan.

Kredit: Kosmo

BACA: Maksud Tersembunyi Disebalik 5 Permainan Tradisional Popular

Capture 7

Sumber: Kosmo
Sumber: Kosmo
Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.