in

Touch ‘n Go Melancarkan Edisi Terhad Kad TRANSFORMER ONE dan Tag RFID Eksklusif

My 11134210 7Rasm M1W35Ac19Kwa50

Touch ‘n Go dengan bangga mengumumkan pelancaran eksklusif kad TRANSFORMERS ONE dan Tag RFID, bertemakan film terbaru TRANSFORMERS ONE dari Hasbro dan Paramount Animation. Sama ada anda peminat tegar Autobot atau Decepticon, kad ini sesuai untuk anda!

Sebagai penghormatan kepada dunia ikonik TRANSFORMERS, pengguna boleh memilih daripada empat watak legenda – Optimus Prime, Bumblebee, Megatron, dan Elita.

Jadi, tidak kiralah sama ada anda menyokong Autobots atau berpihak kepada Decepticons, ini adalah peluang untuk membawa elemen Cybertron ke mana sahaja anda pergi. Pelancaran ini turut memperkenalkan Tag RFID berjenama IP pertama Touch ‘n Go, satu tambahan menarik yang tidak patut dilepaskan oleh peminat!

My 11134210 7Rasm M1W35Ac19Kwa50

Kad Touch ‘n Go TRANSFORMERS ONE ini dilengkapi dengan teknologi NFC, yang membolehkan pengguna menambah nilai secara mudah melalui aplikasi Touch ‘n Go eWallet dengan mana-mana telefon pintar yang mempunyai fungsi NFC.

Dalam masa yang sama, pengguna boleh menikmati pengalaman pembayaran tanpa tunai yang lancar hanya dengan sekali sentuh kad, dan lalui tol dengan mudah sambil merasai aura Transformers, menjadikan perjalanan anda seasyik Autobots yang meluncur di lebuh raya.

Manakala, tag RFID di kereta membolehkan pembayaran tol yang lancar dengan pemasangan yang mudah, tambah nilai tanpa kerisauan, serta akses masuk dan keluar bebas tangan.

Memasangnya sangat mudah—hanya ikut langkah yang disediakan di panduan dalam bungkusan! Lekatkan Tag RFID Touch ‘n Go x TRANSFORMERS ONE pada cermin depan atau bumper kereta anda, untuk memastikan perjalanan yang lancar dan tanpa masalah ke destinasi anda.

Kad premium Touch ‘n Go ini tersedia pada harga hanya RM 25. Selain itu, untuk meraikan tag RFID berjenama IP pertama Touch ‘n Go yang menampilkan reka bentuk ikonik TRANSFORMERS ONE, Tag RFID kini ditawarkan pada harga istimewa untuk masa terhad RM35—diturunkan daripada harga asal RM 40.

Koleksi edisi terhad kad dan tag RFID ini akan mula dijual pada hari Isnin, 28 Oktober 2024 di Pusat Servis dan Hab Touch ‘n Go di Bangsar South dan NU Sentral, Touch ‘n Go eWallet TikTok Shop, Touch ‘n Go eWallet Official store at Lazada,Touch ‘n Go Shopee Mall dan cawangan KK Mart yang terpilih.

Jangan lepaskan peluang untuk memperkayakan koleksi anda dan rasai pengalaman perjalanan bak seorang Cybertronian sejati. Bersedia untuk bergerak!

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari laman web Touch ‘n Go.