in

“Tolonglah minta bantuan sesiapa” – Mengaku Bersalah Rog*l Pelajar, Tertuduh Rayu Minta Wang Ikat Jamin

syaz ft 2024 07 31T162911.426

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki berusia 23 tahun mengaku bersalah atas tuduhan rogol seorang remaja 13 tahun sehingga melahirkan anak.

Muhammad Zuladha Ferhad Zuraini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Muar hari ini, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibaca oleh jurubahasa di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.


Dalam laporan Berita Harian, berdasarkan pertuduhan, dia yang masih bujang didakwa merogol mangsa berusia 13 tahun ketika kejadian di rumahnya yang terletak di Muar, Johor, antara Ogos hingga November 2022.

cats 29

Tertuduh kemudiannya didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan jika sabit kesalahan.

“Tolonglah minta bantuan sesiapa,” rayunya.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 18 Ogos ini untuk pihak pendakwaan menyediakan fakta dan hukuman.

Dalam pada itu, mahkamah menetapkan dua syarat tertuduh perlu melapor diri di IPD Muar setiap awal bulan serta tidak boleh mengganggu atau berkomunikasi dengan mangsa serta ahli keluarganya.

Sumber: Berita Harian

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.