Murtad bermaksud meninggalkan atau keluar dari sesuatu agama. Orang murtad boleh beralih ke agama lain atau memilih untuk kekal tanpa agama yang mana dikenali sebagai ‘atheis’.
Dalam Islam, perkara seperti murtad ini tidak boleh dibuat main kerana ia adalah satu jenayah yang berat.
Artikel berkaitan: “Sesama islam membuli” – The Family UK Terkilan Kena Label Murtad Hanya Kerana Pakai Kurta Di Hari Raya
Artikel berkaitan: “Suka hati je kata kita murtad” – Sajat Tiba-tiba ‘Live’ Di Instagram, Nafi Dirinya ‘Lari’ Dari PDRM & JAIS
Lelaki luah murtad dalam live
Namun baru-baru ini tular sebuah video memaparkan seorang lelaki dalam satu sesi live di TikTok meluahkan hasrat untuk keluar dari agama Islam.
Menurutnya, dia sudah terlalu tertekan dengan kehidupan menyebabkan dia bertindak sedemikian.
Aku nak keluar daripada Islam. Aku bukan Islam dah. Aku tak ada agama.
“Daripada kecil sampai besar tau, Allah uji aku. Itu bukan uji tau. Aku daripada kecil sampai besar hidup aku macam ni.
“Aku selalu senyum sebab nak sedapkan hati korang je. Sebab nak happy kan korang,” katanya dalam live tersebut.
Lelaki tersebut dalam nada kecewa juga meluahkan yang dia terpaksa berjalan kaki seorang diri dari rumahnya dengan jarak yang agak jauh kerana tiada kawan yang mahu membantunya.
Jangan risau kalau aku nak meninggal ke apa ke, ke neraka ke aku tak kisah,” luahnya sambil mengatakan tidak ramai yang memahami keadaannya sekarang.
Di ruang komen, rata-rata netizen meminta lelaki tersebut untuk bertenang dan bersabar dengan dugaan yang menimpa serta tidak bertindak melampaui batasan.
Video yang juga tular di X tersebut mendapat komen daripada netizen yang bersimpati dengan dugaan yang menimpa lelaki ini dan meminta agar netizen tidak melemparkan kecaman terhadap lelaki tersebut, sebaliknya cuba membantunya.
Namun menerusi ruang komen ada juga yang mengatakan sebenarnya lelaki tersebut meluahkan kata-kata itu ketika dia sedang mabuk. Aik macam mana ni?
Apa-apapun sebaiknya rujuklah perkara ini kepada pihak yang lebih arif. Risau bila ada orang buat main pasal agama ni. Semoga kita sentiasa diteguhkan iman terhadap-Nya.
Sumber: X