Baru-baru ini, pendakwah Ebit Lew berkesempatan menziarahi seorang pelakon veteran Mak Wan Latah di kediamannya.
Menerusi video yang dikongsikan di laman sosialnya, Mak Wan atau nama sebenarnya, Halimatussa’diah Mohd Daud dilihat sukar untuk berjalan seperti terbongkok-bongkok ketika bergerak.
Ebit Lew menerusi ruangan kapsyen berkata, Mak Wan salah seorang peserta umrah yang dibawanya meluahkan rasa rindu untuk ke sana lagi.
Artikel berkaitan: “Takkanlah saya nak buat begitu” – Mak Wan Latah Disindir Jiran, Ada Yang Takut Rampas Suami Mereka
“Ziarah Mak Wan. Allahukakbar. Dulu bawa Mak Wan pergi Umrah. Katanya rindu sangat.
“Mak Wan kata jika ada job apa-apa ustaz boleh bagi kat Mak Wan. Semoga Mak Wan terus kuat dan sihat ya Allah sayang Mak Wan,” tulisnya.
View this post on Instagram
Dalam video itu juga, Ebit Lew dilihat memberikan sumbangan makanan dan wang kepada aktres berusia 64 tahun itu bagi meringankan bebannya.
Netizen harap pelakon veteran dibantu
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sayu dan bersimpati dengan nasib Mak Wan. Ramai yang turut mendoakan agar urusannya dipermudahkan.
Netizen juga berharap agar pihak berkaitan segera tampil membantu nasib-nasib pelakon veteran seperti Mak Wan.
Sebelum ini, Mak Wan mendedahkan sudah lama tidak menerima tawaran berlakon dan mengalami masalah kewangan.
Sumber: Instagram