in

“Tolong maafkan saya” – Sirul Azhar Mengaku Terima RM1 Juta Untuk Tutup Mulut, Mahu Terus Tinggal Di Australia

sirul azhar mohon maaf keluarga altantuya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sirul Azhar Umar, bekas anggota polis yang berdepan dengan hukuman mati di Malaysia berhubung kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu baru-baru ini kembali menjadi perhatian ramai apabila muncul dalam sesi temu bual eksklusif di Aljazeera English’s 101 East.

Dalam temu bual tersebut, Sirul telah merayu untuk tinggal di Australia dan menyatakan bahawa ia sangat berbahaya untuknya pulang ke Malaysia.


Kata Sirul lagi, dia juga memohon maaf kepada keluarga Altantuya dan meminta keampunan dari mereka atas apa yang telah terjadi.

WhatsApp Image 2023 11 24 at 10.05.24 AM 750x469 1

Artikel berkaitan: Keluarga Altantuya Menang Saman, 4 Defendan Termasuk Kerajaan Diarah Bayar RM5 Juta

Artikel berkaitan: Kes Bunuh Altantuya: Keputusan Hukuman Gantung Sampai Mati Bekas Anggota UTK, Azilah Hadri Dikekalkan

Saya merayu kepada masyarakat di sini (Australia) untuk menerima saya. Saya berjanji kepada anak saya, saya tidak akan pernah melanggar undang-undang di sini. Saya (akan) ikut semuanya. Saya sedar bahawa ia benar-benar tidak selamat untuk saya kembali ke sana (Malaysia).

“Apa pun yang berlaku, saya mahu membina kehidupan bersama anak saya di Australia. Saya harap masyarakat Australia menerima saya (untuk) siapa diri saya.

“Saya bukan orang yang jahat. Saya suka Australia dari hati saya, dari jiwa saya. Beri saya peluang kedua. Satu perkara lagi. Saya akan meminta maaf kepada keluarga Altantuya. Tolong maafkan saya. Itu sahaja,” katanya.

Altantuya Shaariibuu steve Shaariibuu pic 1

Terima RM1 juta untuk tutup mulut 

Sirul yang baru saja dibebaskan dua minggu lalu daripada pusat tahanan imigresen Villawood, Sydney juga mendakwa dia tidak bertanggungjawab ke atas pembunuhan itu walaupun sudah disabitkan kesalahan.

Malah dia juga mengakui sudah dijadikan ‘kambing hitam’ dan terperangkap dalam permainan politik serta telah menerima RM1 juta semasa di Australia daripada sumber yang tak dinamakan untuk ‘menutup mulutnya’.

Tak cukup dengan itu, Sirul juga telah membuat dakwaan serius yang belum disahkan kepada beberapa personaliti terkemuka.

Pada masa yang sama, Sirul juga mendakwa seorang pegawai polis Malaysia yang menemuinya sehari selepas dibebaskan dan memberitahu kepadanya bahawa menteri hal ehwal luar Australia telah menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia bertanyakan sama ada dia selamat di Canberra.

a829c385 sirul 3 241123

Mereka memberitahunya saya selamat. Namun saya benar-benar kecewa, lihat berita, semuanya (ada) buruk tentang saya. Jadi, masyarakat di sini benar-benar takut dengan saya. (Mereka fikir) Sirul berbahaya,” katanya.

Australia bagaimanapun tidak akan menghantar Sirul pulang ke Malaysia kerana undang-undang negara tersebut yang tidak membenarkan imigran yang menghadapi hukuman mati dihantar pulang ke negara asal mereka.

Sebagai info, Altantuya dilaporkan maut ditembak di kepala pada 2006 di sebuah hutan dekat Puncak Alam, Selangor. Mayatnya pula diletupkan dengan bahan letupan.

Sirul dan bekas polis Azilah Hadri telah disabitkan hukuman pada 2009 oleh Mahkamah Tinggi kerana membunuh Altantuya.

Sumber: Kosmo

Sumber: Kosmo
Sumber: FMT
Sumber: FMT

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.