in

“Tolong lah beli kabel original” – Remaja Perempuan Maut Akibat Renjatan Elektrik Dari Kabel ‘Smartphone’

Feature Image Gadis Mati

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ni, memang dah banyak kes kematian yang dilaporkan akibat terkena renjatan elektrik yang berpunca daripada penggunaan telefon pintar.

Terbaru, seorang remaja perempuan yang dikenali sebagai Nong Ying, berusia 17 tahun di temui mati di atas katilnya dipercayai akibat terkena renjatan elektrik di Chaiyaphum, Timur Laut Thailand.


Mati Lakau
Sumber: daily mail

 

Kabel 4
Sumber: daily mail

Nong Ying ditemui oleh ibunya, Boonpeng Tuponchai, 47, yang pulang ke rumah dan mendapati anak perempuannya itu hanya berbaring di bilik tidur.

“Pada mulanya saya fikir dia sedang tidur

Tapi bila saya sentuh badanya cuba sebab nak kejut dia, tangan saya terkena sedikit renjatan elektrik” katanya.

Wanita itu kemudiannya pergi ke kotak fuis sebelum mematikan suis bagi menghentikan aliran elektrik namun begitu anak perempuannya itu sudah meninggal.

Menurut Dailymail, sebelum kejadian itu dipercayai remaja perempuan tersebut sedang bermain telefon bimbit yang ketika itu sedang di cas menggunakan kabel yang rosak, dan dibalut menggunakan pita pelekat.

Dapatan polis mendapati terdapat kesan terbakar di tangan kiri mangsa yang dipercayai berpunca daripada renjatan elektrik semasa dia memegang telefon bimbit itu.

Menurut pegawai penyiasat Kapten Polis Khanti Peansoongnern, kejadian ini berpunca daripada penggunaan kabel telefon bimbit yang rosak sehingga boleh menyebabkan renjatan elektrik.

“Saya rasa kabel lama yang digunakan itu telah menyebabkan aliran arus elektrik ke arah katilnya yang berlogam.

“Nong Ying kemungkinan secara tidak sengaja menyentuh kawasan katilnya yang pada ketika itu dipenuhi oleh arus elektrik.” katanya.

Kabel 1
Sumber: daily mail

 

Kabel 2
Sumber: daily mail

Namun pada masa kini, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kematian gadis ini.

Haa kalau kabel telefon korang dah rosak, pergi buang je and tukar yang baru. Memang bahaya pun!

 

Baca: “Terkulai sebelah plug” – [VIDEO] Pemuda Maut Terkena Renjatan Elektrik Ketika Cas Telefon Masa Tidur

Mati Kejung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.