Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) merupakan minggu yang ditunggu-tunggu oleh pereka serta peminat fesyen tanah air. Ia merupakan pentas bagi pereka fesyen untuk mengembangkan serta memperagakan hasil karya mereka bagi musim ini.
KLFW baru sahaja melabuhkan tirainya 21 Ogos lepas di Pavillion, Kuala Lumpur dan kita dapat menyaksikan pertunjukkan fesyen yang sangat kreatif daripada pereka fesyen tempatan.
Pun begitu, semalam tular sebuah video di laman TikTok apabila seroang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tidak puas hati mengapa seragam tentera laut itu diperagakan dengan cara yang tidak sewajarnya.
https://www.tiktok.com/@qwertyobb/video/7135042406692572442?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7133405703553418753
“Siang malam kami menjaga perairan negara. Tolong lah hormat uniform anggota keselamatan!!” tulisnya di ruangan kapsyen.
Video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @qwertyobb itu memaparkan seorang influencer TikTok memperaga seluar celoreng biru itu dengan baju serta aksesori yang berbeza dengan uniform sebenar.
Difahamkan, ia merupakan salah satu rekaan Taguwaruwa yang menggunakan corak loreng tentera laut itu.
“Kami sendiri pun kalau salah tatacara pemakaian pun akan di ambil tindakan tatatertib. Ini kan pula org awam.” tulisnya lagi.
Setakat ini, video tersebut telah mendapat lebih 900k tontonan, dalam ruangan komen dapat dilihat influencer yang memperagakan pakaian tersebut telah pun meminta maaf dan menyatakan bahawa mereka telah mendapat keizinan dari pihak atasan.
Harap perkara ini dapat mencapai persetujuan kedua-dua belah pihak…
Baca: “Perosak imej” – [VIDEO] Peraga Kebaya Seksi Masa KLFW2022, Designer Teruk Dikecam