Tak lama dulu, trend grup di Facebook seperti Masak Apa Hari Ini dan Riak Apa Hari Ini pernah mendapat perhatian ramai dek kerana postingnya yang menarik dan membuat netizen geli hati.
Kali ini muncul pula satu grup baru yang dipanggil Edit Apa Hari Ini yang mana ahli grup akan request kepada mereka yang bijak pandai dalam graphic designer untuk edit gambar mereka menjadi lebih baik.
“Tolong edit hilangkan uncle tu boleh ker?”
Menerusi satu posting viral di dalam grup tersebut, seorang wanita telah meminta ahli grup untuk edit gambarnya bersama suami di hadapan replika helang di Langkawi.
Dia meminta supaya sosok tubuh seorang ‘uncle’ di belakang pasangan ini dihilangkan kerana ia menggangggu momen manisnya bersama suami.
Lain yang diminta, lain yang dapat…
Namun begitu, hasil kreatif ahli grup tersebut nampaknya lain daripada lain kerana ramai yang geli hati melihat edit yang pelik-pelik yang dihasilkan mereka.
Ada yang menepati kehendak tapi kebanyakannya buat pemilik gambar dan ahli grup ketawa tak henti-henti. Hadehhh banyak betul idea korang ehh…
Antara hasil edit yang menarik perhatian admin adalah seperti kat bawah ni:
“Korang memang terbaik. Hakak puas hati”
Hasil edit netizen di dalam grup tersebut bukan saja membuatkan ahli grup lain puas hati malah pemilik gambar sendiri pun siap bagi pujian tau.
Menurut pemilik gambar, dia sangat berpuas hati dengan semua gambar yang telah diedit, siap nak bagi satu lagi gambar tu.
Macam-macam korang edit ye. Apa-apapun posting ni sesuai bagi korang yang tengah stress kerja tu. Memang pecah perut gelak.
Baca: [VIDEO] Lawak! Anak Tak Bagi Mak Ayah Pergi Langkawi, Siap Ugut Taknak Buat Susu Adik