Fun fair bukanlah satu karnival yang asing dalam masyarakat di Malaysia, ianya sudah pun terkenal sejak tahun 80-an lagi.
Tidak seperti taman tema lain, fun fair kecil-kecilan sebegini biasanya tidak mempunyai keselamatan yang ketat.
Terbaru, satu kejadian tidak diingini berlaku di Raub, Pahang, apabila satu gerabak roller coaster di fun fair tersebut tersasar dan jatuh daripada trek.
Artikel berkaitan: Kemalangan Sotong Ride: Pengusaha Fun Fair Masih Beroperasi Walaupun Dah Disita November Lepas
Artikel berkaitan: Pengunjung Panik Tersangkut Dalam Roller Coaster Secara Terbalik Lebih 3 Jam
Rakaman video itu menarik perhatian netizen selepas ianya dikongsi oleh pengguna Facebook dalam group Penduduk Raub Pahang.
Menerusi video itu, beberapa pengunjung termasuk seorang kanak-kanak dilihat sedang berada dalam keadaan tertekan dan kesakitan akibat daripada insiden itu. Pada masa yang sama, kedengaran seorang wanita yang sedang menjerit menahan sakit.
Menjengah ke ruangan komen, terdapat seorang individu yang berkata dirinya merupakan salah seorang mangsa kejadian tersebut dan menjelaskan pihak fun fair telah mengambil tanggungjawab serta memohon maaf atas kejadian itu.
“Saya mangsa roller coaster funfair Raub berada dalam keadaan baik kecuali tulang rusuk patah dan lutut anak saya bengkak yang masih menyebabkan kesukaran untuk bergerak.
Kami telah berurusan dengan pihak pengurusan dan mereka telah mengambil tanggungjawab untuk saya dan anak saya. Mereka juga telah datang berjumpa kami dan memohon maaf bagi pihak mereka,” tulisnya.
Pun begitu, setakar artikel ini ditulis, masih belum ada penjelasan dari pihak berkenaan berkaitan insiden ini.
Sumber: Facebook, New Straits Times