in

Tindakan Pekerja Kedai Cuci Periuk Guna Penyapu Undang Kritikan Netizen

Cuci Periuk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam kecoh di media sosial apabila sebuah video yang memaparkan seorang lelaki dilihat sedang mencuci periuk besar dengan menggunakan sebatang penyapu.

Menurut Sinar Harian, video tersebut pada mulanya dikongsikan menerusi Facebook Komuniti Anak-anak Lipis sebelum ia mula tular di pelbagai platform media sosial yang lain.


Tindakan individu tersebut kemudiannya mencetus kritikan daripada orang ramai.

5

Artikel berkaitan : “Makanan dah berulat” -Menteri Brunei Beri Penjelasan Isu Makanan Rosak Masa Perkahwinan Putera Mateen

Artikel Berkaitan: Basuh Pinggan ‘Celup-celup’ Dalam Tong Sampah, Netizen Geli Tengok Restoran Ni Tak Jaga Kebersihan

Dalam video berkenaan, dapat dilihat seorang lelaki mencuci periuk besar di belakang sebuah premis menggunakan penyapu.

Namun, tidak dapat dipastikan jika penyapu itu pernah digunakan untuk menyapu lantai atau jika ia merupakan penyapu yang memang digunakan untuk mencuci periuk.

Setakat ini juga, masih belum dapat dipastikan juga jika video yang tular itu merupakan video lama atau baru.

Walau bagaimanapun, orang ramai menggesa pihak berwajib untuk membuat siasatan ke atas kebersihan premis tersebut.

Sumber: Sinar Harian

Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.