in

Tindakan Pantas Abang ‘Rider’ Beritahu Jiran Kereta Terbakar Selamatkan Nyawa Dua Individu

Syaz Ft 2024 09 19T155528.902

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan tindakan pantas seorang penghantar makanan atau rider yang telah menyelamatkan nyawa dua orang individu.

Dalam video itu rider tersebut dilihat sedang lalu di hadapan sebuah rumah sebelum menyedari terdapat api sedang marak di rumah tersebut.


Dia kemudiannya berpatah balik dan memberitahu jiran rumah yang sedang mengalami kebakaran tersebut.

Artikel berkaitan: Cuba Beri Teguran, ‘Rider’ Terkejut Pelanggan Dah Biasa Pesan Makanan Di Kedai Non-Halal

Artikel berkaitan: “Customer paling degil” –  Lelaki Puji Sikap Pekerja Stesen Minyak ‘Order’ Makanan Lebih Buat Rider

@deela_han

Assalamualaikum..Bismillah Mashaa Allah Tabarakallah rakyat Msia🙏🏻🙏🏻 Terima kasih yg sudi like repost & share posting sy semalam.. Alhamdullilah pencarian adik FP berhasil. Kami dpt menghubungi beliau semalam🙏🏻🙏🏻 Allahuakbar sungguh di luar jangkaan posting sy mencecah 1M viewers Mashaa Allah🙏🏻 Terima kasih sahabat kepada Azimi yg memaklumkan butir2 Azimi (Jimy) (Mr hensem) Terima kasih pd yg komen & tag adik Azimi Allahuakbar baik nya rakyat Msia🇲🇾🇲🇾❤️ Inshaa Allah kami akan aturkan pertemuan dgn adik Azimi bila ada kelapangan utk 2-2 pihak (keluarga mertua & Azimi)🫶🏻 Sedikit info tentang kejadian; – Kebakaran berpunca dr kereta mertua yg terbakar tiba2 di porch tanpa dihidupakn enjin nya – Azimi lalu ketika kereta sudah mula berasap berapi & berlaku sedikit letupan – Tindakan pantas Azimi memaklumkan pd jiran bkn sahaja menyelamatkan ke-2 org tua mertua sy..malah jiran2 juga🙏🏻 – Azimi turun dr motor & di fahamkan juga dia ada membantu membawa keluar bapa mertua melalui tembok sebelah rumah.. Terima kasih yg tak terhingga juga utk pihak Bomba yg pantas memadamkan api dari terus merebak kedalam rumah🙏🏻🥹 Terima kasih org2 baik yg Allah hantar utk membantu..Fitri ( dr kereta warna merah) Jiran2..Saudara berbaju putih berseluar biru..🙏🏻 Maaf klu tak tertulis disini🙏🏻 Keadaan kedua org tua kami Alhamdullilah sihat & baik2 sahaja sekarang. ❤️❤️ Mashaa Allah..Terima kasih semua 🫶🏻 #allahuakbar #allahsayang #foodpandamalaysia #foodpandaalorsetar #abambomba #alorsetar #viraltiktok #fy #fyp @ZulhezryMarriq PMH Recond @ujie zukhi @Ujie Zukhi @mr hensem @isteri_Tuan SaBa @hjmdzukhisaad @Badriah Darus @Yieanty Zukhi @shafira Zukhi

♬ Breaking News – DM Production

Menurut perkongsian @deela_han di TikTok itu, difahamkan rider tersebut dikenali sebagai Azimi dan tindakan pemuda itu sebenarnya telah menyelamatkan kedua-dua mertua pengguna TikTok itu serta beberapa individu lain di sekitarnya.

“Azimi turun dari motor dan difahamkan juga dia ada membantu membawa keluar bapa mertua melalui tembok sebelah rumah,” tulisnya.

Menerusi hantaran yang sama, insiden itu turut dibantu oleh beberapa individu lain yang kebetulan berada di tempat kejadian sebelum pihak bomba datang untuk memadam kebakaran tersebut.

Dalam pada itu, pengguna TikTok itu turut berkongsi dia akan mengadakan pertemuan dengan rider tersebut serta kedua-dua mertuanya, dia juga berkongsi kesemua individu yang terlibat dalam insiden tersebut selamat.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.