in

“Timbang 8 ekor, dah masak ada 6 je”- Pelanggan ‘Kena Game’ Dengan Kedai Makan Seafood Di PD?

ft udang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini satu kes viral apabila pengusaha kedai makan di Langkawi dianggap menindas pelanggan dengan memberikan caj sehingga mencecah 4 angka untuk ikan siakap.

Kisah lebih kurang sama berlaku kepada seorang pelanggan ini apabila hidangan udang di sebuah kedai makan seafood di Port Dickson menimbulkan rasa tidak puas hati.


Biarpun tidak kisah dengan harga yang dianggap mahal, ia menjadi pertikaian apabila udang yang diambil berkurang daripada jumlah semasa timbang.

Hai lah udang, masa timbang 8 ekor. Siap masak dah tinggal 6 je. Macam mana tu?”

udang 2

Menerusi video viral dari TikTok itu, pelanggan yang dikenali sebagai Yana Ismail memberitahu bahawa kejadian ini berlaku pada Rabu malam.

Tambah Yana menerusi mStar Online, dia bersama 6 lagi ahli keluarga ke restoran itu ketika bercuti sempena hari ulang tahunnya.

Baginya, harga bukanlah menjadi isu utama tapi..

“Saya bukan terlalu berkira bab makan, tapi perkara terjadi secara kebetulan. Restoran  makanan laut itu kena timbang berat sebelum dimasak mengikut cara masakan yang pelanggan nak.”

“Suami saya pilih udang dan timbang. Harga udang sebanyak 8 ekor bagi salted egg adalah RM 74. Tapi harga bukan jadi ukuran sebab kami dah setuju selepas timbang.”

https://www.instagram.com/p/CXgIkR-g3h8/?utm_source=ig_embed&utm_campaign=embed_video_watch_again

Kata Yana, jumlah udang yang sedikit itu membuatkan dia mudah mengingatinya sebaik hidangan itu siap.

“Bila makanan dah sampai saya rasa macam lain sebab nampak sikit. Saya tanya suami berapa ekor udang ambil tadi. Suami ingat-ingat lupa, tapi dia kata ambil dan timbang 8 ekor. Saya tengok dalam pinggan cuma ada 6 ekor je.”

Jumlah itu disahkan selepas mereka tergerak hati untuk melihat video yang dirakamnya yang telah dimuatnaik ke IG Story.

udang

“Kebetulan masa suami dan ayah pilih lauk tu saya ada di situ rakam untuk buat story di Instagram. Bila saya periksa semula, memang betul ada 8 ekor.”

“Saya rakam pun secara kebetulan sebab sebagai peniaga, saya perlu aktif di laman sosial. Jadi bila hairan tak cukup, kami panggil pekerja dan tanya mengenai 2 ekor udang yang ditimbang dengan tunjuk gambar dan bukti.”

Bagaimanapun, isu selesai apabila pekerja tersebut ke dapur, tak sampai seminit, dia datang dan bawa semula pinggan lain mengandungi 2 ekor udang dengan masakan sama sebelum meminta maaf.

Bagaimanapun, Yana turut menjelaskan yang dia rasa tak sedap hati kerana mereka juga ada ambil 2 ekor sotong dan sejumlah lala yang ditimbang.

“2 daripada 8 ekor udang hilang senang nampak sebab sikit, tapi sotong dah dihiris jadi kecil dan lala diambil banyak jadi tak tahu ada kurang atau tidak.”

 

Mungkin kita tak berkira bab makan tapi….

udang 4

Namun, niat Yana bukanlah mahu memburukkan restoran berkenaan, tetapi dia mahu ingatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati.

“Mungkin kita tak berkira bab makan, tapi sebagai pengguna kita ada hak. Kita beli bukan cincai, tapi secara timbang dan kita sanggup bayar harga yang ditetapkan.”

Tambahnya, kalau apa yang dapat itu tidak dipersetujui pastinya kita takkan berpuas hati.

“Itu baru 8 ekor, macam mana pelanggan jenis ambil selonggok dan tak tahu berapa ekor pun.”

Yana menjelaskan bahawa dia kenal kedai tersebut menerusi Facebook, tetapi katanya tak ramai pelanggan disitu. Bagi Yana yang rasa kecewa dengan perkhidmatan kedai tersebut, mungkin insiden sepertinya itu jadi penyebab kenapa ramai tak datang.

 

Baca :  Kedai Siakap ‘Viral’ Tetap Meriah, Pelanggan Tak Putus-Putus Datang Walaupun Tahu Harga ‘Kayangan’

page siakap

Sumber: mStar Online
Sumber: mStar Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.