in

Timang Bayi Sulung, Isa Isarb Harap Anak Bakal Jadi Orang Hebat Setanding Tun M

ft isa isarb anak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pempengaruh Isa Isarb memaklumkan bahawa isterinya baru sahaja selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka pada jam 5.35 petang Isnin lalu. Dalam perkongsian khabar gembira menerusi Instagram itu, Isa menyifatkan kelahiran bayinya itu membawa harapan besar buat mereka sekeluarga.

Selain itu, Isa turut menyimpan impian agar anaknya itu boleh menjadi insan hebat setaraf dengan bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad.


Artikel berkaitan : “Macam mana boleh selesa?” – Lelaki & Perempuan Tinggal Serumah Selama 77 Hari, ‘Content’ Isa Isarb Dikecam?

Artikel berkaitan : Isa Isarb Dakwa Dirinya Difitnah Lepas Dituduh Gebang Beli Banglo RM9.7 Juta

“Seorang anak telah dilahirkan, membawa harapan dan impian besar ke dunia ini. Tepat 100 tahun yang lalu, pada tahun 1925, lahir seorang tokoh bernama Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengubah landskap Malaysia.”

“Beliau membawa negara ini keluar dari ketinggalan, membina hospital, lapangan terbang dan memacu pembangunan hingga menjadikan Malaysia sebuah negara yang dihormati.”

@isaisarbofficial

Let me be clear: I do not support his current political beliefs. My inspiration stems solely from the achievements and positive impact he brought during the first 10 years of his leadership. Those years showed how transformative vision and dedication could shape a nation.

♬ AlHijratu – Mohamed Youssef

Kata Isa lagi, dia yakin bahawa anaknya bakal melangkaui sempadan negara, membawa perubahan kepada tamadun manusia dari teknologi, infrastruktur dan mengubah paradigma manusia.

“Daripada mementingkan diri kepada semangat beramal, dia akan membawa cahaya kebaikan, melangkaui bangsa, agama dan warna kulit, menyatukan masyarakat dunia dengan nilai kemanusiaan sejati, Insya-Allah.”

Sebelum ini, Isa ada mendedahkan bahawa impiannya untuk menjadi bapa tidak kesampaian selepas isterinya, Lisa Nosra alami keguguran. Isa dan Lisa berkahwin pada 9 Mac 2024 selepas sebulan mengikat tali pertunangan.

Sumber : Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.