in

TikToker Buat ‘Content’ Amal Dipenjara 5 Tahun 1 Sebatan Sebab Liw*t Remaja Lelaki 14 Tahun

Ft Tiktoker Liwat Remaja

3 lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen Sandakan kerana melakukan perbuatan seksual terhadap seorang remaja lelaki berusia 14 tahun.

Dua daripada suspek mengaku bersalah tetapi suspek ketiga pula meminta untuk dibicarakan semula selepas pertuduhan dikemukakan kepada mereka pada minggu lepas.

Artikel berkaitan : “Muka suram jadi ceria” – Tersentuh Tengok Kanak-kanak Jual Aiskrim Tak Laku, Pemuda Borong Sampai Habis

Artikel berkaitan : “Menumpang kasih anak syurga” – Lelaki Ini Sambut Hari Jadi Dengan Anak-Anak Yatim

Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan Supt Ramasamy Kuppan berkata, salah seorang suspek Saharuddin Amirullah, 32, mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman penjara 5 tahun oleh Hakim Zaini Fishir @ Fisal dan satu sebatan bagi pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana melakukan kegiatan seks luar tabii.

Hakim Zaini turut memerintahkan seorang lagi suspek, Caballero dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas menjalani hukuman.

Seorang lagi warga tempatan, Mohd Zairi Awang, 29, yang mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, kesnya dijadualkan sebutan semula pada 11 November nanti.

Dalam pada itu, di media sosial ramai terkejut setelah identiti pelaku sudah mulai dikenal pasti, salah seorangnya didakwa seorang TikToker yang sering melakukan kerja-kerja amal dengan memberikan bantuan dan sumbangan kepada warga tempatan di Sabah yang dalam kesusahan.

Bahkan dia juga pernah tular kerana tindakan mulianya dalam membantu kanak-kanak yang sedang hadapi kesusahan dan bantu menceriakan mereka. Disebabkan itu, mereka juga kecewa kerana ada sebahagian daripada warganet pernah menderma untuk bantu individu ini melakukan kerja-kerja amalnya.

Screenshot 2024 10 16 161814 1

Screenshot 2024 10 16 161837 Screenshot 2024 10 16 161934

Ada di kalangan netizen juga dakwa yang mangsa mengalami kecederaan teruk sampaikan bernanah di bahagian sulit mangsa. 

Sumber : The Star