KUALA LUMPUR, 5 November 2024 – Platform e-dagang berlandaskan kandungan yang
terkemuka, TikTok Shop, hari ini mengumumkan suntikan baucar bernilai RM11 juta sempena
11.11 Mega Sale yang akan berlangsung dari 7 sehingga 11 November 2024.
Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) tempatan serta ekonomi digital Malaysia dijangka
menerima manfaat daripada jualan dalam talian terbesar tahun ini, yang memperlihatkan
TikTok Shop menyokong pertumbuhan usahawan dengan memperkenalkan pelbagai tawaran
istimewa. Usaha ini termasuk pemberian kereta sebagai hadiah eksklusif siaran langsung dan
tawaran buat pertama kalinya baucar Penghantaran Percuma untuk semua platform sempena
jualan 11.11, yang boleh digabungkan bersama baucar diskaun lain*.
“Suntikan baucar RM11 juta sempena 11.11 Mega Sale oleh TikTok Shop ini menekankan komitmen teguh kami dalam memperkasakan PMKS tempatan, yang merangkumi lebih 90 peratus daripada semua peniaga di platform kami.
Oleh itu, tawaran eksklusif serta hiburan menarik buat pelanggan membantu dalam memberikan pendedahan kepada perniagaan. Baucar Penghantaran Percuma untuk semua platform yang boleh digabungkan ini bertujuan membantu pelanggan Malaysia memaksimumkan penjimatan mereka, manakala acara 11.11 Mega LIVE Showdown pula membuka potensi unik perdagangan sosial dalam menyokong ekonomi digital,” kata Nur Aisya Rosly, Ketua Komunikasi Pemasaran, TikTok Shop Malaysia.
11.11 Mega LIVE Showdown TikTok Shop
Rakyat Malaysia bakal menikmati kemuncak “Shoppertainment” semasa 11.11 Mega Sale
TikTok Shop, menerusi acara siaran langsung selama empat jam di aplikasi TikTok
@tiktokshop_my, bermula jam 7 malam hingga 11 malam pada 10 November 2024.
Penonton berpeluang berinteraksi dengan pencipta kandungan kegemaran mereka seperti
@khairulaming, @yang, @neelofa, @sallywhoo, @dearcarynn, @tulippetals dan ramai lagi
semasa 11.11 Mega LIVE Showdown untuk melengkapkan misi serta membuka peluang
ganjaran yang menarik. Antara hadiah eksklusif yang boleh dimenangi semasa siaran
langsung termasuk Myvi, Honda Wave, Honda ADV 160, telefon VIVO V40, syiling GB Gold,
dan banyak lagi*.
Pelanggan yang bijak disarankan untuk kekal menonton sepanjang acara kerana TikTok Shop akan mengeluarkan baucar siaran langsung dengan diskaun sehingga 90 peratus, serta tawaran ‘Beli 1, Dapat 1 Hadiah Percuma’ daripada Vivo, Goodnite, Laneige, Ogawa, Lancome, Offspring, dan banyak lagi, yang hanya boleh didapati semasa siaran langsung*. Penonton juga akan dihiburkan dengan persembahan penyanyi tempatan terkenal seperti Ziana Zain, Aina Abdul, Ismail Izzani, Aisha Retno, dan ramai lagi.
#JomLokal Hour pada 11.11 Mega LIVE Showdown
Sebagai sebahagian daripada komitmen TikTok Shop dalam menyokong usahawan tempatan,
satu segmen khas yang dinamakan #JomLokal Hour akan diadakan semasa 11.11 Mega LIVE
Showdown untuk memberikan publisiti kepada PMKS tempatan. Dapur Pak Amir, Shiffa Curry
Powder, dan Empat Beranak adalah antara jenama tempatan terkemuka yang akan
menikmati publisiti meliputi seluruh negara untuk lebih dikenali di samping membina komuniti
setia dalam talian.
Pelanggan pasti tidak mahu melepaskan peluang hebat ini untuk menyokong perniagaan tempatan, sambil menikmati pelbagai baucar diskaun eksklusif dan tawaran menarik semasa siaran langsung.
Baucar Penghantaran Percuma Untuk Semua Platform dan Boleh Digabungkan yang
Pertama Sempena 11.11 di TikTok Shop
Rakyat Malaysia kini dapat memaksimumkan lagi penjimatan dan memperluaskan nilai wang mereka pada 11.11 Mega Sale TikTok Shop.Tahun ini, pelanggan tidak perlu lagi bersusah payah memilih baucar yang tepat untuk ditebus semasa 11.11 kerana baucar Penghantaran Percuma boleh digabungkan bersama baucar Diskaun Platform dan baucar Diskaun Penjual di TikTok Shop*. Baucar Penghantaran Percuma juga boleh ditebus untuk semua pembelian daripada semua penjual di platform ini*. Pelanggan hanya perlu klik ikon Penghantaran Percuma di TikTok Shop untuk mengumpul pelbagai baucar Penghantaran Percuma yang akan dikeluarkan setiap hari sepanjang jualan 11.11.
Melalui tawaran inovatif ini, pelanggan boleh menggandakan penjimatan mereka sehingga
tiga kali ganda dengan baucar, terutamanya apabila membeli produk Hot Prices (Tawaran
Hebat) pada 11.11, yang menawarkan potongan sehingga 80 peratus untuk produk popular
daripada jenama terkenal termasuk Sony, Farm Fresh, Skintific, GB Gold, dan lain-lain*.
Tambahan lagi, pelanggan yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM30 dalam satu
transaksi di TikTok Shop melalui Perbankan Dalam Talian Maybank2u atau kad MAE, bakal
menikmati rebat RM10 dan berpeluang memenangi sehingga RM1,000,000 semasa jualan
11.11*.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman 11.11 Mega Sale TikTok Shop di:
https://snssdk1180.onelink.me/BAuo/7op54py4
*Tertakluk pada terma dan syarat.