Sempena Hari Kebangsaan 2024, TikTok Shop meneruskan komitmen bagi menyokong wawasan Malaysia dan menyemarakkan ‘Jiwa Merdeka’ untuk menjadi negara berpendapatan tinggi yang dipacu teknologi serta peneraju serantau dalam ekonomi digital.
Sehingga kini, TikTok Shop telah memperkasakan lebih 100,000 Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) tempatan melalui digitalisasi, hasil kerjasama erat dengan kerajaan Malaysia sepanjang tahun ini.
Ketua Dasar Awam TikTok Malaysia, Anuar Fariz berkata, pihaknya kekal komited untuk menjadi rakan kongsi utama Malaysia dalam usaha memacu agenda transformasi digital negara dan menghargai peluang kerjasama dengan kerajaan.
Tambahnya lagi, kerjasama berterusan untuk menjana pertumbuhan PMKS tempatan membuktikan aspirasi bersama antara syarikat berkenaan dan kerajaan untuk membina Malaysia yang makmur dan diperkasakan secara digital.
Dalam masa yang sama, pihaknya berhasrat meningkatkan kemahiran perniagaan kecil dan jenama tempatan dengan pengetahuan, alatan dan sumber yang diperlukan untuk berkembang maju di peringkat tempatan dan juga global. Ini akan menetapkan asas untuk ekonomi digital yang lebih berdaya tahan dan inklusif, sekali gus mewujudkan peluang komersial kepada setiap rakyat Malaysia untuk berjaya.
Menurut Pengarah Perkongsian Strategik TikTok Shop Malaysia, Nur Azre Abdul Aziz berkata, TikTok Shop berada di posisi unik bagi membantu perusahaan tempatan dalam semua saiz untuk berkembang dan melestarikan perniagaan melalui konsep ‘shoppertainment’.
Dengan kerjasama pelbagai agensi dan kementerian kerajaan, kami telah melatih ribuan usahawan
desa dan bandar untuk bukan hanya menjual dalam talian, tetapi juga memanfaatkan
perdagangan sosial melalui kandungan, rakan pencipta kandungan, dan penstriman
langsung.
Kini, lebih sejuta penjual di seluruh negara, dengan 98% daripadanya terdiri daripada PMKS, sedang bergiat di platform tersebut dan TikTok Shop akan terus membantu PMKS tempatan berinteraksi secara bermakna dengan komuniti mereka dan membina asas pelanggan yang mampan, dan kami juga menghargai sokongan dan kepercayaan berterusan daripada rakan kongsi kerajaan kami.
TikTok Shop, melalui kerjasama dengan kerajaan tempatan, telah melaksanakan pelbagai
projek pada tahun 2024, termasuk:
• Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE): TikTok
Shop bekerjasama dengan MATRADE untuk merancakkan peluang perniagaan rentas
sempadan melalui kempen #ThisisMY, sekali gus membolehkan perniagaan dan usahawan
Malaysia melebarkan sayap ke Singapura.
• Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA): TikTok Shop dilantik sebagai
rakan kongsi utama dalam program peningkatan kemahiran digital dan e-dagang FAMA untuk
PMKS pertanian dan orang kurang upaya (disabled MSMEs), bagi menyokong Pameran
Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024. Selain itu, TikTok Shop
juga dilantik sebagai wakil di pameran perdagangan antarabangsa ‘Malaysia Fest’ untuk
memperkenalkan ratusan jenama tempatan di TikTok Shop kepada Singapura.
• Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED)
dan Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC): TikTok Shop menyokong pelancaran
kempen ‘Sarawak Digital Mall’ untuk mempromosikan ribuan usahawan tempatan merentasi
Kuching, Miri, Sibu, Bintulu, Serian, Sri Aman, Lawas, Sarikei dan Kapit.
• Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) dan TEKUN
Nasional: TikTok Shop dilantik sebagai rakan strategik dalam Karnival TEKUN Madani yang
berlangsung di tiga negeri, dan merangkumi aktiviti seperti bengkel penjual serta sesi
pencarian rakan pencipta konten. Kempen itu berjaya merangsang sehingga 3 digit
pertumbuhan hasil dan jutaan pendedahan jenama untuk beribu-ribu produk tempatan
daripada PMKS tempatan.
• Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC): MDEC, dengan kerjasama TikTok
Shop, menganjurkan pertandingan penstriman langsung TikTok Shop yang melibatkan 70
PMKS, dan berjaya menjana lebih 100,000 pesanan dan jutaan ringgit hasil secara kolektif
dalam tempoh dua bulan.
• Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB): PUNB bekerjasama dengan
TikTok Shop untuk membiayai ‘bootcamp’ penstriman langsung, penyediaan baucar, dan
sokongan pembangunan kedai bagi membantu usahawan Bumiputera menjana jualan melalui
penstriman langsung di TikTok Shop.
• Perbadanan Teknologi Maklumat & Ekonomi Digital Selangor (SIDEC): TikTok
Shop terlibat sebagai rakan kongsi e-dagang dalam sesi perkongsian pengetahuan dan
pandangan anjuran SIDEC, yang menyaksikan kehadiran ratusan PMKS dan syarikat
permulaan tempatan.
• Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW): TikTok Shop dan KKDW
komited terhadap pelaburan bersama untuk mengembangkan Desamall di TikTok Shop dan
menyumbangkan baucar diskaun bagi merangsang pertumbuhan lebih 1,000 PMKS desa
sepanjang tahun.
• Perbadanan Putrajaya (Majlis Bandaraya Putrajaya): TikTok Shop terlibat dalam
Festival Ramadan Putrajaya 2024 sebagai rakan kongsi rasmi selama dua minggu berturut-
turut. Ia telah menganjurkan satu siri sesi penstriman langsung, demonstrasi masakan dengan
pencipta terkemuka, dan stesen perundingan untuk mempromosikan PMKS dan produk
tempatan. Acara itu berjaya meraih jutaan tontonan.
Bagi bakal usahawan, PMKS dan jenama tempatan yang ingin memaksimumkan potensi
perniagaan mereka melalui perdagangan sosial, jom mulakan perjalanan ‘Shoppertaiment’
anda dengan mendaftar di Pusat Penjual TikTok Shop dan meneroka kursus tutorial yang sistematik di Akademi TikTok Shop.
Bagi rakyat Malaysia yang ingin menikmati baucar Penghantaran Percuma tanpa had,
diskaun Harga Hangat 50%, dan memenangi ganjaran sehingga RM90,000, jangan
ketinggalan Jualan 9.9 Tawaran yang akan datang di TikTok Shop pada September ini. Akhir kata, jangan lupa menyokong PMKS tempatan kita dalam semangat #JomLokal!