in

TikTok Anjur Live Webinar Bersiri ‘#ThinkTwice’ Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia

Ft Tiktok Thinktwice

Sejak akhir-akhir ini, terdapat pelbagai jenis kandungan yang boleh diperoleh melalui platform-platform media sosial termasuklah platform hiburan TikTok yang kadangkala menerima kecaman, komen yang keterlaluan yang ditinggalkan oleh pengguna dan sebagainya.

Justeru, baru-baru ini TikTok dengan kerjasama Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF), All Women’s Action Society (AWAM), dan Persatuan Kesedaran dan Sokongan Penyakit Mental (MIASA) ada melancarkan kempen #ThinkTwice, bagi memperkasakan rakyat Malaysia agar memainkan peranan aktif memupuk persekitaran dalam talian yang selamat dan positif .

@tiktok_malaysia Your words matter, so #ThinkTwice before you type and post. Let’s uplift each other to keep our community safe and vibrant on TikTok. Join the movement by liking and sharing this video. #ThinkTwice #FikirDulu #三思而后行 #முதலில்சிந்தியுங்கள் #DigitalLiteracy #OnlineSafety #InspireCreativityAndBringJoy ♬ original sound – TikTok Malaysia

#ThinkTwice menggesa komuniti dalam talian untuk lebih prihatin terhadap perkongsian, komen dan hantaran mereka dalam dunia siber, melalui kandungan, webinar dan sumber yang berasaskan maklumat dan pendidikan.

Contohnya seperti hab sumber yang mengandungi bahan pendidikan tentang Garis Panduan Komuniti TikTok, panduan ciri-ciri keselamatan TikTok, saluran sokongan NGO, dan kandungan yang menginspirasikan daripada pencipta-pencipta kandungan Malaysia yang tersohor.

Hari Kesihatan Mental Sedunia

Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia pada 10.10 nanti, sebagai sebahagian daripada kempen #ThinkTwice, TikTok bakal mengadakan Live Webinar Bersiri ‘ThinkTwice’ di platform mereka.

Sesi tersebut bakal menjemput rakan kongsi, pencipta kandungan TikTok dan juga pakar kesihatan mental bagi membincangkan topik penting yang berkaitan dengan meningkatkan kesihatan mental, memastikan keselamatan dalam talian serta mengamalkan peraturan kendiri di TikTok.

Sesi 1: Cipta kandungan dengan Yakin: Memupuk Komuniti yang Positif dan Inklusif akan dihoskan oleh Shazreen Shaharum (penyanyi), Chong Han (penyanyi) manakala tetamu untuk sesi pertama ialah Communications and Multimedia Content Forum Malaysia (CMCF), @fizasinhaa (penyanyi) dan juga @papimrazzamar (podcaster).

Sesi 2 : Kekal Positif sebagai Pencipta yang akan dihoskan oleh Ameerais (penyanyi) , Raes (penyanyi) manakala All Women’s Action Society (AWAM), @PuteryD (gaming), @tigerlabu (pencipta kandungan sepenuh masa), @uncletokok (pencipta kandungan) bakal menjadi tetamu. 

Sesi 3 : Mengurus Emosi Anda sebagai Pencipta yang akan dihoskan oleh @hazreenamreena15 (penyanyi), @hasya1403 (hos LIVE) manakala tetamu untuk sesi ke-3 ialah Mental Illness Awareness & Support Association (MIASA), @bunian (penyanyi), aura_fea (hos LIVE)

Apa yang pasti, peserta yang menyertai webinar secara langsung ini bakal mendapat pendedahan penting dan berharga serta tip praktikal tentang cara mengendalikan platform TikTok secara bertanggungjawab, seterusnya menyumbang kepada komuniti dalam talian yang positif.

Thinktwice Kv Vertical

Orang ramai dijemput untuk menyertai siri #ThinkTwice Webinar untuk belajar, berkongsi dan memperkasakan satu sama lain dalam memupuk ruang digital yang lebih selamat untuk semua.

Maklumat webinar yang akan diadakan secara live di akaun rasmi TikTok adalah seperti berikut:

  • #ThinkTwice Webinar
  • Tarikh : 8 – 10 Oktober 2024
  • Masa : 8.00 – 10.00 malam
  • TikTok Malaysia

#ThinkTwice

Sekali lagi, orang ramai dijemput untuk menyertai webinar live ini selain memberi maklum balas, komen, share serta ‘tap-tap skrin’ sepanjang acara berlangsung. Selain itu, jangan lupa gunakan #ThinkTwice dalam setiap kandungan yang dicipta di TikTok bagi sama-sama memberikan pendedahan dan kesedaran terhadap keselamatan dalam era digital ini.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari akaun rasmi TikTok Malaysia @tiktok_malaysia. Ingat, sebelum nak tinggalkan apa-apa komen yang tak enak, atau ada terfikir nak buat konten yang mungkin memberikan kesan pada orang lain, tolong #ThinkTwice.

Sumber: TikTok