Berita baik untuk mereka yang aktif di TikTok!
Baru-baru ini, pihak TikTok membuat satu pengumuman dalam blog mereka tentang bayaran yang akan diberikan kepada pengguna platform mereka yang mencipta kesan khas atau filter untuk digunakan di platform sosial nombor satu di dunia tersebut.
Selasa lalu, pihak syarikat mengumumkan pelancaran dana sejumlah USD 6 juta yang dipanggil “Ganjaran Pencipta Efek TikTok” yang menawarkan bayaran kepada pengguna di rantau terpilih yang mencipta kesan khas yang ‘berprestasi’ tinggi.
Pengguna akan dibayar berdasarkan penglibatan komuniti terhadap efek yang direka tersebut, dalam erti kata lain, sekiranya efek atau filter yang dicipta tersebut digunakan ramai, mereka layak diberikan bayaran.
Menjelaskan lebih lanjut tentang perkara berkenaan, TikTok mendedahkan bayaran sebanyak USD 700 akan diberikan untuk setiap kesan khas yang digunakan dalam 500,000 ribu video unik dalam tempoh 90 hari ianya diterbitkan.
Selain itu, pereka juga akan menerima USD 140 setiap 100,000 video yang diterbitkan selepas jumlah 500,000 tersebut dalam tempoh 90 hari tersebut.
@tiktok Now anyone can create vibrant effects for TikTok. Welcome to Effect House #effecthouse ♬ original sound – TikTok
Terdahulu, TikTok telah melancarkan Effect House, yang membenarkan pengguna mencipta, menerbitkan serta berkongsikan kesan dinamik selain menggunakan khidmat pempengaruh media sosial untuk mencipta filter untuk aplikasi mereka.
Dengan adanya dana ini, ia merupakan salah satu cara lagi untuk para pengguna menjana pendapatan daripada platform berkenaan.
Baca : [VIDEO] Macam Hotel 5 Bintang, Netizen Terpegun Tengok Bilik Tidur Anak Perempuan Che Ta