in

Tidak Tahu Dirinya Mewarisi Saka, Wanita Ini Kongsi Pengalaman Menakutkan

saka

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memang tidak asing lagi dengan cerita orang tua tua dulu gemar membela saka. Menurut  mereka, ‘benda’ itu akan menjaga seluruh keturunan dan melindungi dari ancaman. Pelbagai jenis saka ada dalam dunia ni, lain saka lain pantang larangnya, haaaa! Seraaaammmmm!

Namun Allah adalah sebaik-baik pelindung. Pelbagai kesan buruk dan masalah yang akan timbul pada masa panjang kerana ia tergolong dalam kategori syirik kerana menyekutukan Allah.


Kali ini kami kongsikan kisah seorang wanita yang tanpa disedari dirinya mewarisi saka turun temurun keluarga.

 

“Aku anak tunggal dalam keluarga , mak aku meninggal kira-kira 28 tahun yang lalu dan ayah aku sampai sekarang tak kahwin lain. Aku dah berkeluarga.

Kisah bermula bila aku berpindah dari rumah ayah aku, kira-kira setahun yang lalu. Rumah yang aku sewa dekat je dengan rumah ayah, sebab niat aku memang tak nak jauh dari ayah. Kalau boleh aku tak nak pun pindah,tapi ayah aku perlukan privacy mungkin sebab aku memang dari kecil tak duduk dengan dia dan mungkin dia pun segan dengan aku. Tapi sebagai anak aku tetap ingat tanggungjawab aku, lagi pula aku anak tunggal.

Aku menyewa di sebuah taman perumahan. Rumah kos rendah. Aku ni duduk kampung, so memang area tu satu je taman perumahan yang ada. Tapi sebelum masuk rumah sewa tu sebenarnya macam-macam halangan jadi. Tuan rumah pun macam tak bagi aku nak sewa. Tapi aku pujuk juga sebab sudah tiada pilihan lain. Tuan rumah serahkan kunci, dan suruh aku tengok dulu keadaan rumah.

Petang tu, aku dan suami pergi tengok keadaan rumah. Rumah tu memang nampak suram dari luar. Jiran kiri kanan semua kaum lain, aku tak kisah sangat bab tu. Tapi ada pokok besar depan rumah, dan aku dah rasa lain. Tuan rumah cakap sebelum ini, ada orang lain sewa rumah ni, tapi bila aku masuk keadaan rumah macam sudah lama sangat ditinggalkan. Rumah ni ada 3 bilik. Suami aku cakap “tidak mengapa, nanti kita dah bersihkan dan basuh inshaAllah ok”. Bilik first aku jadikan bilik tidur kami sekeluarga, bilik no 2 bilik solat dan no 3 bilik stor.

Gambar hiasan
Gambar hiasan

 

Aku fikir positif je, sbb itu pilihan yang kami ada buat masa ini. Untuk tempoh setahun kami duduk rumah tu, alhamdulillah anak-anak pun suka. Ramai kawan . Tetapi semenjak 3 bulan ini, macam-macam perkara pelik jadi. Anak-anak aku mula takut nak pergi toilet. Kami suami isteri terpaksa teman. Anak aku yang sulung ni, Allah bagi kelebihan boleh nampak dan rasa. Jadi, dia bagi gambaran apa yang dia nampak. Aku percaya, sebab sebelum ini kami pernah bawa dia jumpa ustaz dan memang ustaz cakap itu kelebihan dia. Kalau benda yang tak menakutkan dia, ok je. Tapi kali ni, dia nampak yang sangat teruk. Sampai dia tak boleh nak gambarkan. Aku pesan padanya baca Bismillah walau untuk masuk tandas.

Rupanya suami aku dah lama tahu, tapi dia tak nak bagitahu aku sebabdia tahu aku ni penakut. Dia kerja tak tentu masa, balik kadang-kadang pagi. Dia tahu pun sebab ada seorang kawan dia datang rumah, kawan dia tu pengamal perubatan. Kawan dia siap tanya suami, “macam mana la korang sekeluarga boleh duduk rumah ni sampai setahun”. Dan kesilapan paling besar sebab aku dan suami masuk rumah ni, tak pagar dulu.

Dan kemuncaknya, bila badan aku mula lebam-lebam dan sakit-sakit. Bukan setakat itu, emosi aku turut terganggu. Rumah kami sentiasa panas, hubungan aku suami isteri tak baik. Anak-anak pun sama. Aku cepat marah. Aku mimpi bukan-bukan. Kena kejar ular dan last mimpi aku menyusukan baby. Aku google dan cari buku-buku berkaitan, dan jawapannya aku ada saka. Korang boleh bayangkan tak keadaan aku??? Emosi aku???

Ten Gifs doctor who 33470759 482 248

 

Aku pergi berubat , sekarang pun masih dalam rawatan sebenarnya.. Saka aku tu dah sebati dalam diri aku sebab memang dari kecik dah diwariskan dan kebetulan aku cucu bongsu dari anak yang bongsu sebelah mak aku dan keturunan yang ketujuh. kiranya yang last. Sebenarnya aku tak tahu pun aku ada saka, sebab mak aku dah lama tiada, adik beradik mak aku pun kebanyakkan sudah meninggal.

Ustaz tu cakap apa yang ada dalam badan aku, dan gangguan dalam rumah tu menyebabkan aku, anak dan keluarga jadi macam ni. Rumah yang aku duduk tu, dah berapa kali pagar. Tetapi anak aku yang sulung cakap, setiap kali kami pagar ada benda lain yang datang.

[sociallocker id=1666]

Sekarang ni dah mula dengar ada benda alih barang dalam rumah. Anak aku cakap dalam bilik stor tu ada macam-macam benda. Sampai aku terpaksa tutup pintu setiap masa dan kemungkinan besar sebab jiran-jiran aku ni akan bakar something dan bunyikan loceng masa dia sembahyang. Asap kan makanan JIN, sebab itu susah nak pagar rumah ni.

Saka dalam badan aku dah cuba dibuang, dan dengan keizinan Allah aku dapat tengok macam mana rupa dia. Tetapi aku tetap sakit sampai sekarang..Masa aku menaip ni pun aku rasa bahu aku macam menanggung beban yang sangat berat. Ustaz tu cakap, nak buang saka ni bukan mudah dan berperingkat. Aku cuma kesian dengan anak-anak. Aku juga sedang cari rumah lain.
Korang doakan aku cepat sembuh, doakan aku kuat…. Apa yang aku boleh buat masa ini hanya solat, doa dan mohon pada Allah”

[/sociallocker]

Takut kan? Siapa nak mewarisi saka kalau memang dah tahu benda tu satu dosa besar kan? Semoga urusan beliau dipermudahkan dan dengan izinNya saka dapat dibuang sepenuhnya agar tiada lagu gangguan.

“Barangsiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.” (Surah An Nisaa’: 48)

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.