Semalam baru sahaja berlaku masalah LRT laluan Kelana Jaya yang tergendala sehingga menyebabkan ramai terkandas untuk pulang ke rumah selepas penat bekerja. Masalah tersebut difahamkan berlaku antara Stesen Kelana Jaya hingga Ampang Park dan akan tergendala sehingga 15 November iaitu selama 7 hari.
Prasarana masih siasat punca sebenar
Menurut sidang media yang dibuat oleh Prasarana sebentar tadi, Azharuddin Mat Sah yang merupakan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif memberitahu bahawa punca gangguan kepada komponen elektronik sistem kawalan tren automatik (ATC) pada perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya masih belum dikenal pasti.
Gangguan tersebut yang mengakibatkan kehilangan signal di antara pusat kawalan dan juga tren menyebabkan tren-tren tidak dapat beroperasi secara automatik di antara Stesen LRT Kelana Jaya dan Stesen LRT Ampang Park.
https://twitter.com/redzuanNewsMPB/status/1590180905871900672
“Masalah ini tidak pernah berlaku sebelum ini.”
Selain itu juga, pihak Rapid rail akan bekerjasama dengan pasukan khas asal OEM iaitu Thales Group dari Kanada untuk mencari penyelesaian terhadap gangguan tersebut sama ada dalam jangka pendek ataupun jangka panjang
Ia merangkumi ujian-ujian ke atas peranti dan perisian sedia ada.
Beliau juga mengatakan bahawa pemberhentian operasi selama seminggu yang diumumkan baru-baru ini juga dilakukan selepas mengambil kira faktor keselamatan kepada para penumpang serta masa sebenar yang diambil untuk mengenal pasti punca masalah.
Oleh sebab berlakunya penggantungan operasi, perkhidmatan bas perantara percuma akan disediakan bagi menampung penumpang dan mengurangkan kesesakan di stesen-stesen yang terjejas.
Pihak Prasarana juga akan cuba untuk membuat pampasan kepada pengguna yang terjejas dengan gangguan LRT tersebut yang berlaku sejak semalam.
Apa agaknya punca sebenar ye?
Baca: “Habis husnuzon dh ni” – Ramai Bengang 16 Stesen LRT Kelana Jaya Ditutup 7 Hari